Wednesday 23 November 2011

LAWATAN KE MUZIUM TLDM

Pada 19 Nov (Sabtu) baru-baru in, PALAPES-Laut ALAM telah mengadakan lawatan ke Muzium TLDM yang terletak di Bandar Hilir, MELAKA Bandaraya Bersejarah . Ianya adalah salah satu dari acara tahunan bagi Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM bagi memberi mereka pendedahan awal berkenaan sejarah TLDM khasnya dan ATM amnya.
 
Tersergam megah di tengah-tengah Bandar Hilir menjadi kebanggaan TLDM


Pesawat yang menjadi kebanggaan TLDM suatu ketika dulu

 
Kelihatan Pegawai Kadet begitu teruja dan bersungguh-sungguh mengumpul maklumat


Pegawai Kadet bergambar kenangan dihadapan Replika Kapal Perang lama Portugis

Semoga Lawatan ini memberi impak dan maklumat berguna untuk Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM untuk mengenali TLDM dengan lebih dekat serta menambah semangat untuk menjalani latihan.

Thursday 17 November 2011

LATIHAN KAWAD ASAS

Pada hari Sabtu yang lepas, bersamaan 12 Nov 11, telah bermulalah sesi latihan secara rasmi bagi Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM pengambilan 2/2011 iaitu latihan kawad asas. Latihan ini dikendalikan oleh BM PAP Norazli bin Salleh dan dibantu oleh LK I PAP Sadari. 


Pegawai Kadet diberi penerangan oleh Jurulatih Kawad

Penuh bersemangat dan cergas

Taklimat diberikan oleh Ketua Jurulatih Kawad

Latihan kawad asas ini berjalan dengan lancar dan kesemua Pegawai Kadet yang terlibat telah mempamerkan kesungguhan yang tinggi. Semoga semangat yang ditunjukkan akan terus berkekalan dan tidak hanya separuh jalan. SEDIA BERKORBAN!!!  


Monday 14 November 2011

SALAM PENGENALAN KE DUNIA KETENTERAAN

Baru-baru ini, sesi suai kenal ataupun salam pengenalan ke alam ketenteraan  telah diadakan pada 12 Nov 11 (Sabtu) bagi Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM pengambilan 2/2011 bertempat di Tapak Rempuh Halangan belakang Dewan Polaris, Akademi Laut Malaysia. 


Siap sedia

Kadet melakukan latihan tekan tubi


Membuat larian 2.4 km


Latihan 'CRAWL'


Latihan Monkey Rack

Tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Kadet kerana telah menunjukkan semangat, kerjasama dan sikap yang positif sepanjang aktiviti dijalankan. Semoga ini akan menjadi satu titik permulaan yang baik bagi melahirkan generasi pelapis Pasukan Simpanan TLDM yang cemerlang pada masa hadapan.

Wednesday 9 November 2011

UPACARA ANGKAT SUMPAH PALAPES-LAUT ALAM 2/2011

Upacara Angkat Sumpah PALAPES-LAUT ALAM pengambilan 2/2011 telah diadakan dengan jayanya pada 9 Nov 11 bertempat di Mini Lecture Theatre dengan disaksikan oleh Komandan PALAPES-Laut ALAM iaitu Kdr (Kehormat) David Fredrick dan semua tim pengurusan tertinggi ALAM. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan upacara ini.

Komandan PALAPES-Laut ALAM hadir bagi menyempurnakan upacara
Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM bersemangat melafazkan ikrar
Seramai 35 orang Pegawai Kadet Palapes-LAUT ALAM pengambilan 2/2011 telah melafazkan Ikrar Angkat Sumpah Taat Setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Penyerahan Senarai Nama PALAPES-Laut ALAM 2/2011 Kepada Komandan
Seterusnya, wakil Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM menyerahkan skrol yang mengandungi senarai nama Pegawai Kadet kepada Komandan Palapes-LAUT ALAM, Kdr (Kehormat) David Fredrick dan daripada Komandan kepada Ketua Jurulatih.

Penyerahan Senarai Nama PALAPES-Laut ALAM 2/2011 kepada  Ketua Jurulatih
Sesi Bergambar bersama Komandan