Thursday 26 January 2012

LAWATAN PALAPES-LAUT UPM

Kuala Sungai Baru, 24 Safar - Jumaat 24 Safar, Palapes-LAUT ALAM telah menerima kunjungan lawatan dari Palapes-LAUT UPM (Universiti Putra Malaysia) seramai 60 Pegawai Kadet termasuk Jurulatih.

Kunjungan ini merupakan julung kali bagi Palapes-LAUT UPM. Kami di Palapes-LAUT ALAM amat berbesar hati dan berterima kasih kepada mereka kerana sudi berkunjung ke ALAM.

Pengerusi Majlis memberi kata-kata aluan sebelum Taklimat Lawatan

Taklimat Lawatan oleh BM PAP Norazli

Pusat Simulasi Anjungan menjadi tempat pertama lawatan. Sedia menunggu di situ untuk sesi tersebut ialah Jurulatih berpengalaman iaitu Kept Mani. Sebelum tetamu dibawa masuk ke Simulasi Anjungan, terlebih dahulu mereka diperkenalkan kawasan sekitar pusat tersebut serta langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Seterusnya tetamu dibawa masuk ke kawasan yang menjadi nadi kawalan di Anjungan Kapal.

Pegawai Kadet bergambar kenangan bersama Kept Mani di ruang legar Pusat Simulasi Anjungan

Pegawai Kadet menumpukan perhatian penerangan menyeluruh yang diberikan oleh Kept Mani

Bergambar kenangan sebelum berpisah

Thursday 19 January 2012

PERBARISAN KOMANDAN

Pada 18 Jan 2012 (Rabu), berlangsungnya perbarisan Komandan untuk tahun 2012 ini melibatkan Platun Thana dan Platun Zain. Seramai 35 Pegawai Kadet Palapes - LAUT ALAM dan 9 Jurulatih terlibat di dalam perbarisan tersebut.

Perbarisan itu juga diserikan dengan upacara pemakaian pangkat bagi jawatan Pegawai Memerintah Kadet, Ketua Division Thana dan Ketua Division Zain.

Pegawai Memerintah Kadet disandang oleh PK ABDUL HADI B HUSSAIN N/V 8704629. Ketua Division Thana disandang oleh PK ADLIN BT SA'EDON N/V 8704640 dan Ketua Division Zain disandang oleh PK MUHAMAD FAHMIE B ISHAK N/V 8704624.


Ketibaan Komandan disambut oleh Ketua Jurulatih Palapes-LAUT ALAM
 

Komandan menerima tabik hormat
Dalam perbarisan itu Komandan juga turut memeriksa Platun - platun yang terlibat.



Pemakaian pangkat Pegawai Memerintah Pegawai Kadet Palapes oleh Komandan


Pemakaian pangkat Ketua Division Zain


Pemakaian pangkat Ketua Division Thana
Di dalam ucapannya, Komandan mengharapkan pemegang-pemegang pangkat dapat menjalankan kewajipan serta tanggungjawab yang diberikan dengan gigih dan amanah. 

Tahniah dan syabas kepada pemegang - pemegang pangkat yang telah dilantik. Semoga dapat menjalankan kewajipan yang diamanahkan dengan adil dan saksama.

Tuesday 17 January 2012

LATIHAN PENEMBAKAN SENJATA KECIL

Pada 14 Jan 2012 (Sabtu) telah berlangsungnya latihan penembakan senjata kecil PALAPES-LAUT ALAM  2/11 di Lapang Sasar 400 meter 10 Bgd Para Kem Terendak.

Latihan penembakan ini juga disertai oleh Pegawai Memerintah KD SRI KLANG Kept Jamaluddin bin Nuruddin PSSTLDM , Kdr (Kehormat) Rajalingam PSSTLDM (MISC), Komandan PALAPES-LAUT ALAM Kdr (Kehormat) David Fredrick PSSTLDM , Ketua Jurulatih Palapes-LAUT ALAM Lt Kdr Nazri bin Hakdin TLDM dan Lt Kdr (B) Shahrudin (MISC).

Pegawai Kadet Palapes-LAUT ALAM segak memasuki Lapang Sasar
 Sebelum latihan dimulakan, satu sesi penerangan mengenai tatacara mengendalikan/menyelamatkan senjata kecil telah diberikan oleh Jurulatih Persenjataan BK PAP (GI) Aziz bin Awang dari KD SRI KLANG kepada Pegawai Kadet bagi memastikan latihan tersebut berjalan lancar dan selamat.

GI sedang menerangkan tatacara mengendalikan AUG STYER kepada Pegawai kadet Palapes

Pegawai Kadet diajar oleh GI tatacara memberikan laporan setelah membuat penembakan

Ketibaan Komandan dan Pegawai Memerintah Kd Sri Klang serta VIP yang lain di Lapang Sasar.


VIP diberi penerangan oleh BM PAP (GI) Herwadee bin Mohd Nasir tentang penggunaan senjata kecil jenis AUG STYER dan M 16 A1 serta langkah-langkah keselamatan.


Bacaan do'a memohon keberkatan didahului sebelum latihan penembakan dimulakan.




Latihan penembakan dimulai dari kategori VIP.  Jelas terpampang di wajah Komandan PALAPES-LAUT ALAM  keceriaan serta kepuasan dimana ini merupakan penembakan julung kali beliau menggunakan M 16 A1 dan AUG STYER.






Pegawai Kadet jelas mempamerkan semangat yang tinggi dengan memberi komitmen dan kerjasama dalam menjayakan latihan penembakan kali ini.


Siapa kata kaum hawa tidak boleh berperang..semangat inilah yang ditunjukkan oleh Pegawai Kadet wanita
PALAPES-LAUT ALAM

                                   
Latihan penembakan dihentikan seketika untuk sesi makan tengahari yang disediakan oleh pihak Akademi Laut Malaysia.






Walaupun dalam situasi yang agak kepenatan dan keletihan namun semangat serta komitmen yang diberikan, membuatkan kesemua Pegawai Kadet gembira dan berpuas hati dengan latihan penembakan yang dikoordinasikan oleh pihak PALAPES-LAUT ALAM. Syabas dan BZ di atas kerjasama yang diberikan.



PALAPES-LAUT ALAM bergambar kenangan bersama
Pegawai Memerintah KD SRI KLANG Kept Jamal bin Nuruddin PSSTLDM, Komandan PALAPES-LAUT ALAM Kdr (Kehormat) David Fredrick PSSTLDM, Kdr (Kehormat) Rajalingam, Lt Kdr (B) Shahrudin dan Ketua Jurulatih PALAPES-LAUT ALAM Lt Kdr Mohd Nazri b Hakdin TLDM serta Jurulatih-jurulatih.