Thursday 19 April 2012

KARNIVAL SUKAN PALAPES LAUT KE 10

Serdang, 14 Apr - Pada tanggal 14 Apr 12 bersamaan 22 Jamadilawwal telah berlangsungnya Karnival Sukan Palapes Laut kali ke 10 di Universiti Putra Malaysia (UPM). Karnival yang telah menjadi acara tahunan Palapes Laut ini telah berjalan dengan gilang gemilang ditambah dengan penyertaan penuh warna warni dari IPTA/IPTS yang terlibat merancakkan lagi acara pada tahun ini.

 Bagi Palapes-Laut ALAM karnival kali ini merupakan penyertaan kali ke 2 semenjak ditubuhkan pada 2010.

 Acara dimulakan dengan Kontinjen berjalan lalu didahului Kontinjen dari KD SRI KLANG diikuti UiTM disusuli Kontinjen dari Universiti Malaya, menyusulnya pula Kontinjen dari Palapes-Laut Akademi Laut Malaysia dan diakhiri Kontinjen tuan rumah Universiti Putra Malaysia. Kejohanan pada kali ini diseri dan diceriakan dengan gelagat maskot pasukan masing-masing.

Kontinjen Palapes Laut ALAM

Kontinjen melintasi astaka VIP sambil melambai-lambaikan topi

Karnival Sukan Palapes Ke 10 pada kali ini dirasmikan pembukaannya oleh Pegawai Memerintah KD SRI KLANG Kept Jamal bin Nuruddin PSSTLDM dengan meriahnya.

Ucapan perasmian/pembukaan Karnival Sukan Palapes Laut ke 10 oleh Pegawai Memerintah KD SRI KLANG

Selesai majlis pembukaan, tuan rumah kejohanan mempersembahkan pertunjukkan gimik Tempur Tanpa Senjata (TTS) sekumpulan Pegawai Palapes UPM.


Srikandi masa kini yang licik dan pantas


Seterusnya bendera kejohanan dibawa masuk stadium untuk dikibarkan menandakan pertarungan/perjuangan para Kontinjen bermula.

Bendera Kejohanan dibawa masuk stadium

Upacara pengibaran bendera kejohanan

Sejurus selesai mengibarkan bendera kejohanan diiringi dengan nyanyian lagu NegaraKu dan Samudera Raya, bacaan Ikrar Kejohanan dilafazkan menyatakan semangat kesukanan yang penuh dan tinggi akan dipersembahkan antara semua IPTA/IPTS.

Ikrar dilafaz dengan penuh semangat kesukanan berpasukan

Pertarungan pertama yang harus diharungi sejurus acara pembukaan ialah Bola Jaring bagi wanita dan Bola Sepak bagi Lelaki. Bagi Palapes-Laut ALAM karnival tahun ini merupakan penyertaan pertama pasukan wanita sejak ianya ditubuhkan. Mereka juga dengan penuh semangat kesukanan bersama-sama berusaha dengan setiap kejohanan yang disertai. Syabas pasukan wanita Palapes-Laut ALAM.

Pasukan Bola Jaring Palapes-Laut ALAM (Bips Hijau)

Walaupun pasukan wanita hanya ada 8 orang kesemuanya,namun dengan semangat kesukanan yang tinggi dan sokongan rakan-rakan lelaki yang lain mereka dapat membuktikan bahawa mereka juga setanding dengan wira wati IPTA yang lain.

walaupun tewas namun perjuangan dan semangat kesukanan tetap ditunjukkan

Hoki Geladak Palapes-laut ALAM

Pasukan Lelaki juga tidak kurang hebatnya dalam perlawanan Hoki Geladak. Mereka juga bersungguh-sungguh demi mencari kejayaan walaupun sukar dan berbagai rintangan ditempuh.

Hoki Geladak (L)

Bola Tampar (W)
Bola Tampar (L)
Pasukan Bola Sepak Palapes-Laut ALAM


Secara keseluruhannya Palapes-Laut ALAM telah menduduki tempat ke 4 berbanding tahun sebelumnya ditempat ke 5. Keputusan yang agak membanggakan disamping semangat juang yang tinggi ditunjukkan disertai sokongan padu rakan seperjuangan yang lain. Namun syabas diucapkan kepada pasukan Palapes - Laut ALAM terutamanya pasukan wanita. Walaupun mereka hanya
8 orang namun berbekalkan semangat dan perasaan ingin bersaing sesama IPTA/IPTS, mereka berjaya juga akhirnya walaupun dalam keadaan keletihan dan hampir putus asa. SYABAS dan BZ diucapkan kepada mereka dan semua yang terlibat secara langsung/tidak langsung dalam menjayakan Karnival sukan pada kali ini terutama kepada Komandan Palapes-Laut ALAM Kdr (Kehormat) David Fredrick PSSTLDM. Terima Kasih.