Thursday 16 May 2013

KARNIVAL SUKAN PALAPES LAUT LIMA PENJURU, KE-11


PALAPES LAUT ALAM telah melibatkan diri dalam Karnival Sukan PALAPES LAUT Lima Penjuru yang dianjurkan di Kampus Universiti Malaya. Sebanyak lima kontijen yang terlibat iaitu Universiti Malaya(UM), Universiti Teknologi Malaysia(UiTM), Akademi Laut Malaysia(ALAM), KD Sri (KDSI), dan Universiti Putra Malaysia(UPM).

Kesemua kontijen telah tiba di Arena Sukan Universiti Malaya sebelum jam 0830. Acara dimulakan dengan perarakan masuk bagi setiap kontinjen dan diteruskan dengan Upacara Perasmian Karnival Sukan PALAPES LAUT yang ke-11. 
KONTIJEN KDSK

KONTIJEN UITM

KONTIJEN UPM

KONTIJEN ALAM

KONTIJEN UM


























Karnival Sukan pada kali ini dirasmikan oleh Komandan Universiti Malaya, Kapt. Professor Madya Dr. Johan Shamsuddin bin Hj. Sabaruddin.Turut hadir dalam upacara perasmian ialah Pegawai Laksamana Lt Kdr Tamreez Kaur a/p Mokam Singh PSSTLDM, Pegawai Staf KD Sri Klang, Lt Kdr Dzulkarnain Ismail TLDM dan Ketua Cawangan Latih PALAPES UM, Mejar Dr Abdul Halim bin Mokhtar.

Terdapat 7 acara yang dipertandingkan antaranya larian kampus, bola tampar, futsal, renang, bola jaring, bola sepak dan hoki geladak. Sukan ini telah diadakan selama dua hari berturut-turut.

Pertandingan pertama yang dilaksanakan sejurus Upacara Perasmian selesai adalah Larian Kampus. Kontijen PALAPES ALAM berjaya meraih pingat gangsa bagi kategori lelaki. Pertandingan pertama ini telah dimenangi oleh pasukan tuan rumah sendiri, PALAPES LAUT UM.










Pertandingan kedua pula adalah perlawanan bola tampar. Dua kategori telah dipertandingkan iaitu pertandingan bola tampar lelaki dan pertandingan bola tampar perempuan. Pasukan lelaki PALAPES ALAM berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dan meraih pingat gangsa.








Kemudiannya, acara pertandingan futsal merupakan acara akhir yang dipertandingkan pada hari pertama karnival. Pertandingan futsal ini juga terbahagi kepada dua kategori iaitu futsal lelaki dan futsal perempuan. Kedua-dua pasukan PALAPES ALAM tewas pada peringkat separuh akhir.



Acara renang merupakan acara pertama yang dilaksanakan pada hari terakhir karnival. Empat kategori telah dipertandingkan iaitu acara renang(kuak dada) 50 meter individu bagi lelaki dan perempuan serta acara renang (gaya bebas) berkumpulan  4X50 meter bagi lelaki dan perempuan. Pasukan ALAM berjaya meraih pingat gangsa bagi acara renang kuak dada individu lelaki dan pingat perak bagi acara renang gaya bebas berkumpulan lelaki.
















Acara diteruskan lagi dengan perlawanan bola jaring dan bola sepak. Pasukan lelaki PALAPES ALAM mampu berentap sehingga peringkat separuh akhir manakala pasukan perempuan tewas pada peringkat kumpulan.



















Namun, usaha pasukan PALAPES ALAM tidak putus begitu sahaja. Pada jam 1430, acara terakhir dipertandingkan iaitu hoki geladak. Kesungguhan pasukan PALAPES ALAM pada kali ini dibuktikan apabila pasukan perempuan mampu melayakkan diri ke peringkat akhir dan meraih pingat emas.

















Pada jam 1700, Upacara Penutupan Karnival Sukan PALAPES LAUT Lima Penjuru dilaksanakan di Dewan Serbaguna UM. Upacara penutupan diakhiri dengan sesi bergambar. 






"Kejayaan tidak diukur dengan apa yang anda raih, namun kegagalan yang telah anda hadapi, dan keberanian yang membuat anda tetap berjuang melawan rintangan yang datang bertubi-tubi."