Saturday 29 March 2014

PENERIMAAN PINGAT PERKHIDMATAN AM ( PEGAWAI KADET KANAN )




Pingat Perkhidmatan Am ( P.P.A) merupakan pangkat ketiga antara
empat pangkat dalam darjah Bintang dan Pingat bagi perhidmatan
cemerlang dan kelakuan terpuji. Darjah ini merupakan darjah kesembilan antara
sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia.

P.P.A dikurniakan unutk mengiktiraf dan menghargai khidmat dan kelakuan
terpuji pegawai-pegawai kadet atau 'midshipment' atas
perkhidmatan mereka.



Satu majlis pemakaian Pingat Perkhidmatan Am atau PPA kepada pegawai-pegawai kadet kanan pengambilan-2 telah berlansung di parade square ALAM. Majlis tersebut telah disempurnakan onleh Pegawai Koordinasi PALAPES Laut ALAM, Leftenan Mohd Farid Bin Johan TLDM . 

Tahniah 'MIDS' !


AKTIVITI KAYAK-ing






Pada 19 Februari 2014, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)
 Laut ALAM telah mengadakan sesi berkayak bagi pegawai-pegawai kadet pengambilan baru mereka iaitu 
PALAPES Laut ALAM Pengambilan 4. Acara yang bermula
 pada pukul 8 pagi itu dimulai dengan sesi warming up 
atau sesi memanaskan diri. Kemudian, pegawai-pegawai kadet 
direndamkan di dalam laut bagi sesi “water confident”.

 Setelah selesai sesi berikut, kayak di susun di persisiran pantai 
dan sedia digunakan. Acara berkayak berlangsung di kawasan 'boat house' Akademi Laut Malaysia, dalam lingkungan 2-3 jam. Program ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara pegawai-pegawai kadet dan pegawai kadet kanan. Pada masa yang sama, program ini bertujuan untuk memberikan
 mereka pendedahan tentang teknik-teknik dan cara-cara untuk 
berkayak dengan betul.







ORIENTASI PENGENALAN KADET PENGAMBILAN-4


Hellnight” atau lebih dikenali sebagai 'mukadimah' pegawai kadet
 adalah acara kemuncak minggu orientasi yang dilalui oleh pegawai-pegawai kadet PALAPES Laut ALAM Pengambilan 4 
selama lebih kurang satu minggu.
 Dalam tempoh ini, pelbagai latihan dan cabaran yang harus ditempuhi
 oleh 26 orang pegawai kadet. Mereka berjaya menempuhi minggu 
tersebut walau pelbagai dugaan diterima dan 
halangan masa yang sangat terhad.
 `No pain, no gain` merupakan pegangan para pegawai kadet dan 
juga mereka berpegang kepada moto  'special' mereka iaitu
 `Taji, tajilah saya Tuan! `.  







Pada malam tersebut pegawai-pegawai kadet diuji 
ketahanan mental dan fizikal mereka pada tahap maksimum oleh
  pegawai kadet kanan dan jurulatih PALAPES Laut ALAM. 
Terpampar diraut wajah pegawai-pegawai kadet akan
 kepenatan dan keletihan di tambah dengan rasa penat 
latihan rutin minggu orentasi tersebut yang masih dirasai.

 Antara mereka ada yang tidak dapat menahan tajian 
yang diberikan dan muntah malah ada juga yang hampir
pitam namun mereka masih cuba sedaya upaya untuk menamatkan 
orientasi ini dengan penuh maruah.
 Aktiviti dan minggu orientasi ini diakhiri secara rasmi dengan
 sedikit jamuan ringan pada malam tersebut.
 Latihan ini merupakan satu simbolik peringatan kepada
 para pegawai kadet bahawa menjadi seorang pegawai 
PALAPES itu bukanlah sesuatu yang mudah.



ORIENTASI PEGAWAI KADET KANAN PENGAMBILAN-2


Sebelum Sesi Orientasi
Setelah setahun meningggalkan kampus Akademi Laut Malaysia 
untuk menjalani 'shipboard training' , pegawai-pegawai kadet 
pengambilan-2 telah dinaikkan pangkat kepada 
pegawai kadet kanan atau lebih dikenali sebagai 'midshipment'.





Malam perkenalan kepada pegawai kadet kanan baru 
dimulakan dengan sesi tajian dari jurulatih-jurulatih PALAPES LAUT ALAM
 termasuk Pegawai Koordinasi Leftenan Mohd Farid bin Johan TLDM.

Semua 24 pegawai kadet kanan berjaya menamatkan 
sesi tajian yang diberikan juruatih-jurulatih.
 Walaupun bermacam jenis tajian diberikan termasuk 
'forward roll ke hujung padang, side roll tanpa henti dll,
 mereka tetap berdiri teguh membantu antara satu sama lain 
demi mencapai objektif malam tersebut. 

Selepas Sesi Orientasi
Sesi perkenalan ini diakhiri dengan ucapan dari Ketua Jurulatih 
yang sangat berpuas hati dengan kesungguhan dan 
'co-operation' yang ditunjukkan oleh pegawai kadet kanan .

SYABAS 'MIDS' !!!


UPACARA ANGKAT SUMPAH PEGAWAI KADET PENGAMBILAN 4/2013





 Upacara angkat sumpah kadet PALAPES Laut ALAM 
Pengambilan-4 telah diadakan dan majlis ini melibatkan seramai 26 orang
 pegawai kadet dihadapan Komander 
Kehormat PALAPES Laut ALAM,Tuan David Fredrick.
 Turut hadir menyaksikan dan melaksanakan adalah 
Pegawai Koordinasi, Leftenan TLDM Mohd Farid Bin Md Johan
 dan Ketua Eksekutif Akademi Laut Malaysia, Ahmad Zahari Bin Mohd Tahir. 



Upacara ini adalah sebagai titik tolak dan langkah permulaan seorang kadet 
untuk menempuh dan memulakan ranjau kehidupan sebagai seorang
 anggota Pasukan Pegawai Simpanan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia. 
Sumpah yang dilafazkan adalah sumpah taat setia kepada 
DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong serta patuh 
dan bersedia menjalankan tugas selaras dengan prinsip yang 
dijunjung iaitu sedia berkorban.

SEDIA BERKORBAN !