Aktiviti bermula seawal pagi jam 0630H dimana semua jurulatih dan pegawai kadet berkumpul di hadapan Pejabat Registry untuk menerima Taklimat daripada Pengarah Latihan Lt Kdr Mohd Nazri b Hakdin TLDM.
Pada jam 0645H, Pegawai Kadet menaiki bas yang disediakan diiringi sebuah Trak 3 Tan (KD SRI KLANG) dan sebuah van (Medical Assesment).
Pegawai Kadet berjalan lasak sejauh 7 km ke tapak perkhemahan bagi menguji fizikal, mental dan kerjasama antara mereka. |
Setelah penat berjalan lasak, Pegawai Kadet seterusnya bergotong royong mendirikan khemah mengikut awasan |
Pegawai Kadet diingatkan tentang aspek-aspek keselamatan semasa mendirikan khemah |
Selepas mendirikan khemah, acara pertama yang dijalankan ialah 'menatang minyak yang penuh' yang dikoordinasikan oleh AJK Latihan di tapak rempuh halangan. Acara ini benar-benar menguji mental dan minda Pegawai Kadet di mana ianya memerlukan ketilitian dan penumpuan yang maksima dalam mengendalikan sesuatu aktiviti atau situasi.
Salah satu acara dalam menatang minyak yang penuh sedang dijalankan |
Seterusnya aktiviti dihentikan sementara untuk memberi ruang kepada semua yang terlibat untuk makan tengahari dan bersuci untuk menunaikan solat zohor secara berjemaah dipimpin oleh Ustaz Mohd Fitry b Zakaria (Staff Kagat) dari 3 Div, Kem Terendak.
Sebahagian dari Pegawai sedang menjamu selera makan tengahari yang disediakan oleh pihak ALAM |
Aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh Pegawai Kadet iaitu acara 'Flying Fox'. Berbagai-bagai kerenah dan aksi yang dapat dilihat ketika aktiviti ini dijalankan. Sebelum dimulakan, sesi penerangan dan keselamatan telah ditunjukkan oleh Staf PDF Trainning Camp kepada Pegawai Kadet bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi.
Pegawai Kadet memberi tumpuan semasa sesi penerangan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan |
Salah seorang dari Pegawai Kadet sedang melakukan aktiviti Flying Fox |
Penerangan berkenaan aktiviti Perang Tempur oleh AJK Latihan kepada Pegawai Kadet |
Sebelum melabuhkan tirai perkhemahan Palapes pengambilan 2/11 ini, acara penyampaian hadiah kepada pemenang berkumpulan dilaksanakan. Awasan yang johan keseluruhan dalam perkhemahan ini adalah awasan Merah diikuti oleh awasan putih dan ketiga adalah awasan biru.
Seterusnya ucapan dari Pengarah Latihan sebagai mengakhiri dan menutup tirai perkhemahan Pegawai Kadet pengambilan 2/11 ini. Tahniah dan BZ kepada semua yang terlibat.