Wednesday, 26 September 2012

LAWATAN KEBAJIKAN

Terendak, 26 Sep - Ketua Jurulatih dan beberapa anggota PALAPES-Laut ALAM telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas LK I TNL Komala yang dimasukkan ke 94 Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak, Melaka kerana mengalami masalah kesihatan iaitu darah tinggi dan kencing manis.



Ketua Jurulatih memberi nasihat dan semangat kepada LK I TNL Komala
Anggota merupakan salah seorang staf PALAPES-Laut ALAM dalam Jabatan Bantuan. Semoga anggota akan cepat sembuh dan dapat meneruskan tugas seperti biasa. 

Tuesday, 25 September 2012

SEKOLAH PENGAJIAN KEJURUTERAAN MARIN, FAKULTI KEJURUTERAAN KD PELANDOK MELAWAT ALAM

Kuala Sungai Baru, 19 Sep - Sekolah Pengajian Kejuruteraan Marin dari Fakulti Kejuruteraan Marin KD PELANDOK telah mengadakan lawatan ke Akademi Laut Malaysia yang diketuai oleh Lt Kdr Nafishol bin Adnan TLDM dan dibantu oleh Lt Yusof bin Ibrahim TLDM. 

Taklimat Lawatan diberikan setiba di ALAM
Lawatan ini berobjektif untuk memenuhi keperluan dalam silibus latihan dengan mengadakan lawatan sambil belajar ke institusi, agensi dan jabatan yang mempunyai hubungkait dalam hal-hal maritim dan kejuruteraan.

Sepanjang lawatan, kesemua anggota TLDM yang hadir telah dibawa melawat ke beberapa tempat yang berkaitan dengan kejuruteraan iaitu di Bengkel Kejuteraan Marin dan Simulator Enjin ALAM.

Lawatan ke Bengkel Kejuruteraan Marin ALAM
Jamuan Ringan
Sesi Bergambar bersama Staf PALAPES-Laut ALAM dan ALAM

Wednesday, 1 August 2012

PROMOSI PALAPES-LAUT ALAM SIRI 3/2012

Kuala Sungai Baru, 1 Ogos - Promosi Pengambilan PALAPES-Laut ALAM Siri 3/2012 yang dijalankan di Dewan Polaris, Akademi Laut Malaysia baru-baru ini telah menyaksikan permohonan yang lebih ramai daripada Penuntut DNS-15 dan DME-29 untuk menyertai PALAPES-Laut ALAM pada tahun ini.

Ketua Jurulatih PALAPES-Laut ALAM memberikan kata-kata aluan
Calon yang telah mendaftarkan nama untuk menyertai PALAPES-Laut ALAM Siri 3/2012 akan melalui beberapa proses tapisan iaitu Ujian Kecergasan, Pemeriksaan Kesihatan, Tapisan Keselamatan, Temuduga Awal dan Temuduga Akhir. Selepas berjaya melalui semua peringkat tapisan, barulah calon akan diterima masuk dalam PALAPES-Laut ALAM. 

Pengambilan pada kali ini juga telah dibuka kepada Penuntut DME buat pertama kali selepas perpindahan Kampus di Batu Rakit, Terengganu ke Kampus Melaka.


Timbalan Ketua Jurulatih PALAPES-Laut ALAM menyampaikan taklimat program
Gerai Pameran PALAPES-Laut ALAM
Secara keseluruhan, kebanyakan penuntut ALAM telah menunjukkan minat yang mendalam dalam PALAPES-Laut ALAM. Semoga pengambilan pada kali ini akan terus memperkuat, melengkapkan dan melahirkan sumber manusia yang berkualiti dalam Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Tuesday, 31 July 2012

UCAPAN TAKZIAH


Labuan, 30 Julai - Ucapan Takziah kepada keluarga salah seorang anggota PALAPES-Laut ALAM pengambilan 1/2010 iaitu Allahyarham Pegawai Kadet Kanan Muhammad Nazrin bin Khamsani yang kehilangan nyawa dalam kejadian letupan dan kebakaran MT BUNGA ALPINIA di Jeti Petronas Methanol Labuan pada 26 Julai 2012 (Khamis) yang lepas. Al-Fatihah....  

KURSUS PALAPES-LAUT FASA 3

Lumut, 20 Julai - Kursus PALAPES-Laut Fasa 3 merupakan kemuncak latihan Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM Tahun 1. Pada kali ini, kursus tersebut telah dijalankan dengan jayanya di KD SULTAN IDRIS 1, Pangkalan TLDM Lumut, Perak selama 12 hari mulai 8 - 20 Julai 2012 yang lepas.

KD SULTAN IDRIS 1, Pangkalan TLDM Lumut, Perak
Seramai 30 orang Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM pengambilan 2/2011 telah berjaya menjalani kursus ini sehingga selesai. 

Antara objektif kursus adalah:

(a) PK memahami aspek kerjaya dalam TLDM

(b) PK dapat membentuk siasah diri, sikap, displin dan mengenali budaya kerja dalam TLDM

(c) Menerapkan semangat dan nilai ketenteraan dalam diri PK

Pelbagai bentuk latihan telah dilaksanakan sepanjang tempoh kursus seperti Kelas Teori, Sukan, MKMA, Kawad Kaki, Lawatan ke WASPADA dan TANGKAS serta pelayaran bersama KD SRI INDERASAKTI.

Pelayaran bersama KD SRI INDERASAKTI
Kelas Teori
Lawatan ke Kapal TLDM
Latihan Larian Pangkalan
Semua PK PALAPES-Laut ALAM telah menunjukkan semangat dan sikap yang positif sepanjang kursus. Pegawai Memerintah KD SULTAN IDRIS 1 turut memberi pujian ke atas keseluruhan PK semasa upacara penutup kursus pada 20 Julai 2012. Semoga prestasi seperti ini dapat dikekal dan dipertingkatkan demi menjaga nama baik PALAPES-Laut ALAM khasnya dan Akademi Laut Malaysia amnya.

Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM 2/2011 akan menjalani latihan fasa laut di setiap kapal latihan yang ditetapkan untuk tempoh perkhidmatan laut selama setahun sebelum pulang semula ke ALAM untuk meneruskan fasa latihan seterusnya.

HARI TERBUKA PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL 2012

Pelabuhan Klang, 30 Jun - PALAPES-Laut ALAM telah menerima jemputan untuk menghadiri sambutan Hari Terbuka Pusat Hidrografi Nasional 2012 sempena Hari Hidrografi Sedunia bertempat di Pangkalan TLDM Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor pada 30 Jun - 1 Julai 2012.

Matlamat utama hari terbuka ini adalah untuk memperkenalkan bidang hidrografi dan peranan PHN kepada masyarakat umum. Pelbagai program telah dirancang bagi menarik minat para pengunjung seperti aktiviti pameran dari beberapa agensi kerajaan dan swasta yang terlibat secara langsung dalam bidang hidrografi di Malaysia.

Para pengunjung awam turut diberi peluang melawat KD PERANTAU dan KD KELANTAN di jeti PHN serta melihat dengan lebih dekat pesawat udara TLDM jenis Super Lynx. Beberapa siri pertandingan seperti futsal dan acara sukaneka turut dibuka kepada golongan dewasa dan juga kanak-kanak.

Pasukan PALAPES-Laut ALAM telah menyertai pertandingan futsal terbuka PHN 2012 dan berjaya hingga ke peringkat separuh akhir. Tahniah diucapkan.


Pasukan PALAPES-Laut ALAM berentap dalam perlawanan futsal


LATIHAN PENEMBAKAN SENJATA KECIL

Masjid Tanah, 23 Jun - Latihan Penembakan Senjata Kecil PALAPES-Laut ALAM pengambilan 2/2011 telah dijalankan pada 23 Jun 2012 (Sabtu) di Lapang Sasar 100 Meter Kem Terendak. Seramai 35 orang Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM terlibat dalam siri latihan kali ini melibatkan penggunaan senjata kecil jenis Glock 17.

PK PALAPES-Laut ALAM sedang menjalani latihan penembakan
Objektif latihan adalah:

(a) Memperkenal dan membiasakan Pegawai Kadet dengan jenis-jenis senjata kecil, penggunaan dan langkah-langkah keselamatan pengendalian senjata kecil.

(b) Membina keyakinan diri dan menanam sikap bertanggungjawab disamping mengukuhkan displin Pegawai Kadet semasa mengendalikan senjata kecil.

Ketua Jurulatih PALAPES-Laut ALAM memberikan taklimat selesai latihan
  Keseluruhan latihan telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak termasuk dari KD SRI KLANG dan Kem Terendak yang telah memberi bantuan menjayakan latihan ini.

Semua Jurulatih dan PK PALAPES-Laut ALAM 2/2011 bergambar selesai latihan