“Hellnight” atau lebih dikenali sebagai 'mukadimah' pegawai kadet
adalah acara kemuncak minggu orientasi yang dilalui oleh pegawai-pegawai kadet PALAPES Laut ALAM Pengambilan 4
selama lebih kurang satu minggu.
Dalam tempoh ini, pelbagai latihan dan cabaran yang harus ditempuhi
oleh 26 orang pegawai kadet. Mereka berjaya menempuhi minggu
tersebut walau pelbagai dugaan diterima dan
halangan masa yang sangat terhad.
`No pain, no gain` merupakan pegangan para pegawai kadet dan
juga mereka berpegang kepada moto 'special' mereka iaitu
`Taji, tajilah saya Tuan! `.
Pada malam tersebut pegawai-pegawai kadet diuji
ketahanan mental dan fizikal mereka pada tahap maksimum oleh
pegawai kadet kanan dan jurulatih PALAPES Laut ALAM.
Terpampar diraut wajah pegawai-pegawai kadet akan
kepenatan dan keletihan di tambah dengan rasa penat
latihan rutin minggu orentasi tersebut yang masih dirasai.
Antara mereka ada yang tidak dapat menahan tajian
yang diberikan dan muntah malah ada juga yang hampir
pitam namun mereka masih cuba sedaya upaya untuk menamatkan
orientasi ini dengan penuh maruah.
Aktiviti dan minggu orientasi ini diakhiri secara rasmi dengan
sedikit jamuan ringan pada malam tersebut.
Latihan ini merupakan satu simbolik peringatan kepada
para pegawai kadet bahawa menjadi seorang pegawai
PALAPES itu bukanlah sesuatu yang mudah.
No comments:
Post a Comment