Wednesday, 23 November 2011

LAWATAN KE MUZIUM TLDM

Pada 19 Nov (Sabtu) baru-baru in, PALAPES-Laut ALAM telah mengadakan lawatan ke Muzium TLDM yang terletak di Bandar Hilir, MELAKA Bandaraya Bersejarah . Ianya adalah salah satu dari acara tahunan bagi Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM bagi memberi mereka pendedahan awal berkenaan sejarah TLDM khasnya dan ATM amnya.
 
Tersergam megah di tengah-tengah Bandar Hilir menjadi kebanggaan TLDM


Pesawat yang menjadi kebanggaan TLDM suatu ketika dulu

 
Kelihatan Pegawai Kadet begitu teruja dan bersungguh-sungguh mengumpul maklumat


Pegawai Kadet bergambar kenangan dihadapan Replika Kapal Perang lama Portugis

Semoga Lawatan ini memberi impak dan maklumat berguna untuk Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM untuk mengenali TLDM dengan lebih dekat serta menambah semangat untuk menjalani latihan.

Thursday, 17 November 2011

LATIHAN KAWAD ASAS

Pada hari Sabtu yang lepas, bersamaan 12 Nov 11, telah bermulalah sesi latihan secara rasmi bagi Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM pengambilan 2/2011 iaitu latihan kawad asas. Latihan ini dikendalikan oleh BM PAP Norazli bin Salleh dan dibantu oleh LK I PAP Sadari. 


Pegawai Kadet diberi penerangan oleh Jurulatih Kawad

Penuh bersemangat dan cergas

Taklimat diberikan oleh Ketua Jurulatih Kawad

Latihan kawad asas ini berjalan dengan lancar dan kesemua Pegawai Kadet yang terlibat telah mempamerkan kesungguhan yang tinggi. Semoga semangat yang ditunjukkan akan terus berkekalan dan tidak hanya separuh jalan. SEDIA BERKORBAN!!!  


Monday, 14 November 2011

SALAM PENGENALAN KE DUNIA KETENTERAAN

Baru-baru ini, sesi suai kenal ataupun salam pengenalan ke alam ketenteraan  telah diadakan pada 12 Nov 11 (Sabtu) bagi Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM pengambilan 2/2011 bertempat di Tapak Rempuh Halangan belakang Dewan Polaris, Akademi Laut Malaysia. 


Siap sedia

Kadet melakukan latihan tekan tubi


Membuat larian 2.4 km


Latihan 'CRAWL'


Latihan Monkey Rack

Tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Kadet kerana telah menunjukkan semangat, kerjasama dan sikap yang positif sepanjang aktiviti dijalankan. Semoga ini akan menjadi satu titik permulaan yang baik bagi melahirkan generasi pelapis Pasukan Simpanan TLDM yang cemerlang pada masa hadapan.

Wednesday, 9 November 2011

UPACARA ANGKAT SUMPAH PALAPES-LAUT ALAM 2/2011

Upacara Angkat Sumpah PALAPES-LAUT ALAM pengambilan 2/2011 telah diadakan dengan jayanya pada 9 Nov 11 bertempat di Mini Lecture Theatre dengan disaksikan oleh Komandan PALAPES-Laut ALAM iaitu Kdr (Kehormat) David Fredrick dan semua tim pengurusan tertinggi ALAM. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan upacara ini.

Komandan PALAPES-Laut ALAM hadir bagi menyempurnakan upacara
Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM bersemangat melafazkan ikrar
Seramai 35 orang Pegawai Kadet Palapes-LAUT ALAM pengambilan 2/2011 telah melafazkan Ikrar Angkat Sumpah Taat Setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Penyerahan Senarai Nama PALAPES-Laut ALAM 2/2011 Kepada Komandan
Seterusnya, wakil Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM menyerahkan skrol yang mengandungi senarai nama Pegawai Kadet kepada Komandan Palapes-LAUT ALAM, Kdr (Kehormat) David Fredrick dan daripada Komandan kepada Ketua Jurulatih.

Penyerahan Senarai Nama PALAPES-Laut ALAM 2/2011 kepada  Ketua Jurulatih
Sesi Bergambar bersama Komandan

Wednesday, 28 September 2011

PEMERIKSAAN KESIHATAN

Pemeriksaan Kesihatan telah dilaksanakan dengan jayanya pada 21 dan 22 September 2011 yang lepas di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak Melaka. Seramai 47 calon PALAPES-Laut ALAM pengambilan 2/2011 menjalani beberapa pemeriksaan saringan seperti ujian darah dan air kencing bagi menentukan tahap kesihatan mereka sebelum dibenarkan menyertai PALAPES-Laut. Semoga kesemua calon yang berminat berjaya dalam pemeriksaan kesihatan ini.


Seorang calon sedang diambil darah untuk ujian
Kesemua calon PALAPES-Laut ALAM bersemangat  untuk menjalani pemeriksaan kesihatan


Monday, 1 August 2011

PROMOSI PALAPES - LAUT ALAM SIRI 2/2011

Pada 27 Julai 2011 baru-baru ini telah berlangsungnya Promosi Pengambilan PALAPES-Laut ALAM Siri 2/2011 di Dewan Polaris, Akademi Laut Malaysia. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar di samping mendapat bantuan daripada beberapa staf KD SRI KLANG dan Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM Pengambilan 1/2010 iaitu PK MOHAMAD AL ASH BIN KHALID, PK FAREEZ RIZAL, PK IRFAN NAUSHIR, PK AHMAD ZIKRI AHMAD DAN PK MOHAMMAD SYAZWAN SHAMSUDDIN.

Terima Kasih kami ucapkan pada mereka kerana sudi memeriahkan serta membantu dalam sesi promosi ini..

Seterusnya pada 29 Julai 2011, ujian kecergasan dan pendaftaran awal kemasukan bagi bakal PALAPES-Laut ALAM telah dilaksanakan di Main Lecture Theater.





Seramai 40 orang bakal Pegawai Kadet Palapes-Laut ALAM telah berjaya dalam saringan pertama. Pengambilan PALAPES-Laut ALAM Siri 2/2011 kali ini bertambah ceria dengan kehadiran 9 orang calon daripada wanita.

Thursday, 30 June 2011

LATIHAN PENEMBAKAN SENJATA KECIL

Detail siap dan sedia tembak!!!
   Baru-baru ini, pada 25 Jun 2011, PALAPES-Laut ALAM sekali lagi menjalani latihan penembakan senjata kecil selepas pertama kalinya pada bulan Mac 2011 yang lalu. Untuk kali ini, senjata yang digunakan adalah jenis Pistol Vector dan Glock 17. Latihan ini yang diadakan di lapang sasar Kem Masjid Tanah, Melaka berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan dalam cuaca yang amat baik.
Jurulatih Persenjataan Nasir sedang memberi taklimat kepada Pegawai Kadet
    Aktiviti bermula dengan taklimat tatacara menembak dan keselamatan yang disampaikan oleh Jurulatih Persenjataan Nasir dari unit PALAPES-Laut UM selain daripada taklimat yang juga disampaikan oleh staf dari KD SRI KLANG dan PALAPES-Laut ALAM.
Pegawai-pegawai yang hadir turut menembak
   Latihan ini dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Kept Jamal bin Nuruddin PSSTLDM, Pegawai Memerintah KD SRI KLANG, selain daripada Komandan PALAPES-Laut ALAM, Kdr (Kehormat) David Fredrick PSSTLDM, Pegawai Staf KD SRI KLANG, Lt Kdr Muhammad Nazer bin Abdullah TLDM, Ketua Jurulatih PALAPES-Laut ALAM, P/Lt Kdr Mohd Nazri bin Hakdin TLDM, Pegawai-pegawai Kadet, staf jurulatih PALAPES-Laut ALAM serta staf-staf dari KD SRI KLANG.
Sebahagian Pegawai Kadet sedang semangat menjalani latihan

Jamuan ringan setelah selesai menjalani latihan menembak
    Kira-kira jam 1400H, latihan menembak selesai dan diteruskan dengan majlis makan tengahari yang disediakan. Setelah itu, maka tamatlah hari bagi latihan penembakan senjata kecil PALAPES-Laut ALAM. Pengalaman yang ditimba pada hari itu semestinya banyak memberi pengajaran kepada pegawai-pegawai kadet bagi menyiapkan diri sebagai "future naval reserve officer". SEDIA BERKORBAN!!!