|
Detail siap dan sedia tembak!!! |
Baru-baru ini, pada 25 Jun 2011, PALAPES-Laut ALAM sekali lagi menjalani latihan penembakan senjata kecil selepas pertama kalinya pada bulan Mac 2011 yang lalu. Untuk kali ini, senjata yang digunakan adalah jenis Pistol Vector dan Glock 17. Latihan ini yang diadakan di lapang sasar Kem Masjid Tanah, Melaka berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan dalam cuaca yang amat baik.
|
Jurulatih Persenjataan Nasir sedang memberi taklimat kepada Pegawai Kadet |
Aktiviti bermula dengan taklimat tatacara menembak dan keselamatan yang disampaikan oleh Jurulatih Persenjataan Nasir dari unit PALAPES-Laut UM selain daripada taklimat yang juga disampaikan oleh staf dari KD SRI KLANG dan PALAPES-Laut ALAM.
|
Pegawai-pegawai yang hadir turut menembak |
Latihan ini dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Kept Jamal bin Nuruddin PSSTLDM, Pegawai Memerintah KD SRI KLANG, selain daripada Komandan PALAPES-Laut ALAM, Kdr (Kehormat) David Fredrick PSSTLDM, Pegawai Staf KD SRI KLANG, Lt Kdr Muhammad Nazer bin Abdullah TLDM, Ketua Jurulatih PALAPES-Laut ALAM, P/Lt Kdr Mohd Nazri bin Hakdin TLDM, Pegawai-pegawai Kadet, staf jurulatih PALAPES-Laut ALAM serta staf-staf dari KD SRI KLANG.
|
Sebahagian Pegawai Kadet sedang semangat menjalani latihan |
|
Jamuan ringan setelah selesai menjalani latihan menembak |
Kira-kira jam 1400H, latihan menembak selesai dan diteruskan dengan majlis makan tengahari yang disediakan. Setelah itu, maka tamatlah hari bagi latihan penembakan senjata kecil PALAPES-Laut ALAM. Pengalaman yang ditimba pada hari itu semestinya banyak memberi pengajaran kepada pegawai-pegawai kadet bagi menyiapkan diri sebagai "future naval reserve officer". SEDIA BERKORBAN!!!
No comments:
Post a Comment