Thursday, 19 April 2012

KARNIVAL SUKAN PALAPES LAUT KE 10

Serdang, 14 Apr - Pada tanggal 14 Apr 12 bersamaan 22 Jamadilawwal telah berlangsungnya Karnival Sukan Palapes Laut kali ke 10 di Universiti Putra Malaysia (UPM). Karnival yang telah menjadi acara tahunan Palapes Laut ini telah berjalan dengan gilang gemilang ditambah dengan penyertaan penuh warna warni dari IPTA/IPTS yang terlibat merancakkan lagi acara pada tahun ini.

 Bagi Palapes-Laut ALAM karnival kali ini merupakan penyertaan kali ke 2 semenjak ditubuhkan pada 2010.

 Acara dimulakan dengan Kontinjen berjalan lalu didahului Kontinjen dari KD SRI KLANG diikuti UiTM disusuli Kontinjen dari Universiti Malaya, menyusulnya pula Kontinjen dari Palapes-Laut Akademi Laut Malaysia dan diakhiri Kontinjen tuan rumah Universiti Putra Malaysia. Kejohanan pada kali ini diseri dan diceriakan dengan gelagat maskot pasukan masing-masing.

Kontinjen Palapes Laut ALAM

Kontinjen melintasi astaka VIP sambil melambai-lambaikan topi

Karnival Sukan Palapes Ke 10 pada kali ini dirasmikan pembukaannya oleh Pegawai Memerintah KD SRI KLANG Kept Jamal bin Nuruddin PSSTLDM dengan meriahnya.

Ucapan perasmian/pembukaan Karnival Sukan Palapes Laut ke 10 oleh Pegawai Memerintah KD SRI KLANG

Selesai majlis pembukaan, tuan rumah kejohanan mempersembahkan pertunjukkan gimik Tempur Tanpa Senjata (TTS) sekumpulan Pegawai Palapes UPM.


Srikandi masa kini yang licik dan pantas


Seterusnya bendera kejohanan dibawa masuk stadium untuk dikibarkan menandakan pertarungan/perjuangan para Kontinjen bermula.

Bendera Kejohanan dibawa masuk stadium

Upacara pengibaran bendera kejohanan

Sejurus selesai mengibarkan bendera kejohanan diiringi dengan nyanyian lagu NegaraKu dan Samudera Raya, bacaan Ikrar Kejohanan dilafazkan menyatakan semangat kesukanan yang penuh dan tinggi akan dipersembahkan antara semua IPTA/IPTS.

Ikrar dilafaz dengan penuh semangat kesukanan berpasukan

Pertarungan pertama yang harus diharungi sejurus acara pembukaan ialah Bola Jaring bagi wanita dan Bola Sepak bagi Lelaki. Bagi Palapes-Laut ALAM karnival tahun ini merupakan penyertaan pertama pasukan wanita sejak ianya ditubuhkan. Mereka juga dengan penuh semangat kesukanan bersama-sama berusaha dengan setiap kejohanan yang disertai. Syabas pasukan wanita Palapes-Laut ALAM.

Pasukan Bola Jaring Palapes-Laut ALAM (Bips Hijau)

Walaupun pasukan wanita hanya ada 8 orang kesemuanya,namun dengan semangat kesukanan yang tinggi dan sokongan rakan-rakan lelaki yang lain mereka dapat membuktikan bahawa mereka juga setanding dengan wira wati IPTA yang lain.

walaupun tewas namun perjuangan dan semangat kesukanan tetap ditunjukkan

Hoki Geladak Palapes-laut ALAM

Pasukan Lelaki juga tidak kurang hebatnya dalam perlawanan Hoki Geladak. Mereka juga bersungguh-sungguh demi mencari kejayaan walaupun sukar dan berbagai rintangan ditempuh.

Hoki Geladak (L)

Bola Tampar (W)
Bola Tampar (L)
Pasukan Bola Sepak Palapes-Laut ALAM


Secara keseluruhannya Palapes-Laut ALAM telah menduduki tempat ke 4 berbanding tahun sebelumnya ditempat ke 5. Keputusan yang agak membanggakan disamping semangat juang yang tinggi ditunjukkan disertai sokongan padu rakan seperjuangan yang lain. Namun syabas diucapkan kepada pasukan Palapes - Laut ALAM terutamanya pasukan wanita. Walaupun mereka hanya
8 orang namun berbekalkan semangat dan perasaan ingin bersaing sesama IPTA/IPTS, mereka berjaya juga akhirnya walaupun dalam keadaan keletihan dan hampir putus asa. SYABAS dan BZ diucapkan kepada mereka dan semua yang terlibat secara langsung/tidak langsung dalam menjayakan Karnival sukan pada kali ini terutama kepada Komandan Palapes-Laut ALAM Kdr (Kehormat) David Fredrick PSSTLDM. Terima Kasih.

Wednesday, 7 March 2012

PERKHEMAHAN PALAPES-LAUT ALAM 2/12

Pasir Panjang, 25 Feb - Pada tanggal 25 Feb 2012 yang lalu, Palapes-LAUT ALAM telah mengadakan perkhemahan di PDS Training Camp, Port Dickson. Seramai 32 Pegawai Kadet, 9 Jurulatih, 2 Jurulatih Persenjataan dari KD SRI KLANG dan Ustaz serta Pasukan Perubatan dari 3 Div Kem Terendak terlibat  dalam aktiviti ini.

Aktiviti bermula seawal pagi jam 0630H dimana semua jurulatih dan pegawai kadet berkumpul di hadapan Pejabat Registry untuk menerima Taklimat daripada Pengarah Latihan Lt Kdr Mohd Nazri b Hakdin TLDM.

Pada jam 0645H, Pegawai Kadet menaiki bas yang disediakan diiringi sebuah Trak 3 Tan (KD SRI KLANG) dan sebuah van (Medical Assesment).

Pegawai Kadet berjalan lasak sejauh 7 km ke tapak perkhemahan bagi menguji fizikal, mental dan kerjasama antara mereka.



Setelah penat berjalan lasak, Pegawai Kadet seterusnya bergotong royong mendirikan khemah mengikut awasan

Pegawai Kadet diingatkan tentang aspek-aspek keselamatan semasa mendirikan khemah

Selepas mendirikan khemah, acara pertama yang dijalankan ialah 'menatang minyak yang penuh' yang dikoordinasikan oleh AJK Latihan di tapak rempuh halangan. Acara ini benar-benar menguji mental dan minda Pegawai Kadet di mana ianya memerlukan ketilitian dan penumpuan yang maksima dalam mengendalikan sesuatu aktiviti atau situasi.

Salah satu acara dalam menatang minyak yang penuh sedang dijalankan


Seterusnya aktiviti dihentikan sementara untuk memberi ruang kepada semua yang terlibat untuk makan tengahari dan bersuci untuk menunaikan solat zohor secara berjemaah dipimpin oleh Ustaz Mohd Fitry b Zakaria (Staff Kagat) dari 3 Div, Kem Terendak.

Sebahagian dari Pegawai sedang menjamu selera makan tengahari yang disediakan oleh pihak ALAM


Aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh Pegawai Kadet iaitu acara 'Flying Fox'. Berbagai-bagai kerenah dan aksi yang dapat dilihat ketika aktiviti ini dijalankan. Sebelum dimulakan, sesi penerangan dan keselamatan telah ditunjukkan oleh Staf PDF Trainning Camp kepada Pegawai Kadet bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi.

Pegawai Kadet memberi tumpuan semasa sesi penerangan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan

Salah seorang dari Pegawai Kadet sedang melakukan aktiviti Flying Fox

Penerangan berkenaan aktiviti Perang Tempur oleh AJK Latihan kepada Pegawai Kadet


Sebelum melabuhkan tirai perkhemahan Palapes pengambilan 2/11 ini, acara penyampaian hadiah kepada pemenang berkumpulan dilaksanakan. Awasan yang johan keseluruhan dalam perkhemahan ini adalah awasan Merah diikuti oleh awasan putih dan ketiga adalah awasan biru.

Seterusnya ucapan dari Pengarah Latihan sebagai mengakhiri dan menutup tirai perkhemahan Pegawai Kadet pengambilan 2/11 ini. Tahniah dan BZ kepada semua yang terlibat.

Thursday, 26 January 2012

LAWATAN PALAPES-LAUT UPM

Kuala Sungai Baru, 24 Safar - Jumaat 24 Safar, Palapes-LAUT ALAM telah menerima kunjungan lawatan dari Palapes-LAUT UPM (Universiti Putra Malaysia) seramai 60 Pegawai Kadet termasuk Jurulatih.

Kunjungan ini merupakan julung kali bagi Palapes-LAUT UPM. Kami di Palapes-LAUT ALAM amat berbesar hati dan berterima kasih kepada mereka kerana sudi berkunjung ke ALAM.

Pengerusi Majlis memberi kata-kata aluan sebelum Taklimat Lawatan

Taklimat Lawatan oleh BM PAP Norazli

Pusat Simulasi Anjungan menjadi tempat pertama lawatan. Sedia menunggu di situ untuk sesi tersebut ialah Jurulatih berpengalaman iaitu Kept Mani. Sebelum tetamu dibawa masuk ke Simulasi Anjungan, terlebih dahulu mereka diperkenalkan kawasan sekitar pusat tersebut serta langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Seterusnya tetamu dibawa masuk ke kawasan yang menjadi nadi kawalan di Anjungan Kapal.

Pegawai Kadet bergambar kenangan bersama Kept Mani di ruang legar Pusat Simulasi Anjungan

Pegawai Kadet menumpukan perhatian penerangan menyeluruh yang diberikan oleh Kept Mani

Bergambar kenangan sebelum berpisah

Thursday, 19 January 2012

PERBARISAN KOMANDAN

Pada 18 Jan 2012 (Rabu), berlangsungnya perbarisan Komandan untuk tahun 2012 ini melibatkan Platun Thana dan Platun Zain. Seramai 35 Pegawai Kadet Palapes - LAUT ALAM dan 9 Jurulatih terlibat di dalam perbarisan tersebut.

Perbarisan itu juga diserikan dengan upacara pemakaian pangkat bagi jawatan Pegawai Memerintah Kadet, Ketua Division Thana dan Ketua Division Zain.

Pegawai Memerintah Kadet disandang oleh PK ABDUL HADI B HUSSAIN N/V 8704629. Ketua Division Thana disandang oleh PK ADLIN BT SA'EDON N/V 8704640 dan Ketua Division Zain disandang oleh PK MUHAMAD FAHMIE B ISHAK N/V 8704624.


Ketibaan Komandan disambut oleh Ketua Jurulatih Palapes-LAUT ALAM
 

Komandan menerima tabik hormat
Dalam perbarisan itu Komandan juga turut memeriksa Platun - platun yang terlibat.



Pemakaian pangkat Pegawai Memerintah Pegawai Kadet Palapes oleh Komandan


Pemakaian pangkat Ketua Division Zain


Pemakaian pangkat Ketua Division Thana
Di dalam ucapannya, Komandan mengharapkan pemegang-pemegang pangkat dapat menjalankan kewajipan serta tanggungjawab yang diberikan dengan gigih dan amanah. 

Tahniah dan syabas kepada pemegang - pemegang pangkat yang telah dilantik. Semoga dapat menjalankan kewajipan yang diamanahkan dengan adil dan saksama.

Tuesday, 17 January 2012

LATIHAN PENEMBAKAN SENJATA KECIL

Pada 14 Jan 2012 (Sabtu) telah berlangsungnya latihan penembakan senjata kecil PALAPES-LAUT ALAM  2/11 di Lapang Sasar 400 meter 10 Bgd Para Kem Terendak.

Latihan penembakan ini juga disertai oleh Pegawai Memerintah KD SRI KLANG Kept Jamaluddin bin Nuruddin PSSTLDM , Kdr (Kehormat) Rajalingam PSSTLDM (MISC), Komandan PALAPES-LAUT ALAM Kdr (Kehormat) David Fredrick PSSTLDM , Ketua Jurulatih Palapes-LAUT ALAM Lt Kdr Nazri bin Hakdin TLDM dan Lt Kdr (B) Shahrudin (MISC).

Pegawai Kadet Palapes-LAUT ALAM segak memasuki Lapang Sasar
 Sebelum latihan dimulakan, satu sesi penerangan mengenai tatacara mengendalikan/menyelamatkan senjata kecil telah diberikan oleh Jurulatih Persenjataan BK PAP (GI) Aziz bin Awang dari KD SRI KLANG kepada Pegawai Kadet bagi memastikan latihan tersebut berjalan lancar dan selamat.

GI sedang menerangkan tatacara mengendalikan AUG STYER kepada Pegawai kadet Palapes

Pegawai Kadet diajar oleh GI tatacara memberikan laporan setelah membuat penembakan

Ketibaan Komandan dan Pegawai Memerintah Kd Sri Klang serta VIP yang lain di Lapang Sasar.


VIP diberi penerangan oleh BM PAP (GI) Herwadee bin Mohd Nasir tentang penggunaan senjata kecil jenis AUG STYER dan M 16 A1 serta langkah-langkah keselamatan.


Bacaan do'a memohon keberkatan didahului sebelum latihan penembakan dimulakan.




Latihan penembakan dimulai dari kategori VIP.  Jelas terpampang di wajah Komandan PALAPES-LAUT ALAM  keceriaan serta kepuasan dimana ini merupakan penembakan julung kali beliau menggunakan M 16 A1 dan AUG STYER.






Pegawai Kadet jelas mempamerkan semangat yang tinggi dengan memberi komitmen dan kerjasama dalam menjayakan latihan penembakan kali ini.


Siapa kata kaum hawa tidak boleh berperang..semangat inilah yang ditunjukkan oleh Pegawai Kadet wanita
PALAPES-LAUT ALAM

                                   
Latihan penembakan dihentikan seketika untuk sesi makan tengahari yang disediakan oleh pihak Akademi Laut Malaysia.






Walaupun dalam situasi yang agak kepenatan dan keletihan namun semangat serta komitmen yang diberikan, membuatkan kesemua Pegawai Kadet gembira dan berpuas hati dengan latihan penembakan yang dikoordinasikan oleh pihak PALAPES-LAUT ALAM. Syabas dan BZ di atas kerjasama yang diberikan.



PALAPES-LAUT ALAM bergambar kenangan bersama
Pegawai Memerintah KD SRI KLANG Kept Jamal bin Nuruddin PSSTLDM, Komandan PALAPES-LAUT ALAM Kdr (Kehormat) David Fredrick PSSTLDM, Kdr (Kehormat) Rajalingam, Lt Kdr (B) Shahrudin dan Ketua Jurulatih PALAPES-LAUT ALAM Lt Kdr Mohd Nazri b Hakdin TLDM serta Jurulatih-jurulatih.



Wednesday, 23 November 2011

LAWATAN KE MUZIUM TLDM

Pada 19 Nov (Sabtu) baru-baru in, PALAPES-Laut ALAM telah mengadakan lawatan ke Muzium TLDM yang terletak di Bandar Hilir, MELAKA Bandaraya Bersejarah . Ianya adalah salah satu dari acara tahunan bagi Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM bagi memberi mereka pendedahan awal berkenaan sejarah TLDM khasnya dan ATM amnya.
 
Tersergam megah di tengah-tengah Bandar Hilir menjadi kebanggaan TLDM


Pesawat yang menjadi kebanggaan TLDM suatu ketika dulu

 
Kelihatan Pegawai Kadet begitu teruja dan bersungguh-sungguh mengumpul maklumat


Pegawai Kadet bergambar kenangan dihadapan Replika Kapal Perang lama Portugis

Semoga Lawatan ini memberi impak dan maklumat berguna untuk Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM untuk mengenali TLDM dengan lebih dekat serta menambah semangat untuk menjalani latihan.