Bagi Palapes-Laut ALAM karnival kali ini merupakan penyertaan kali ke 2 semenjak ditubuhkan pada 2010.
Acara dimulakan dengan Kontinjen berjalan lalu didahului Kontinjen dari KD SRI KLANG diikuti UiTM disusuli Kontinjen dari Universiti Malaya, menyusulnya pula Kontinjen dari Palapes-Laut Akademi Laut Malaysia dan diakhiri Kontinjen tuan rumah Universiti Putra Malaysia. Kejohanan pada kali ini diseri dan diceriakan dengan gelagat maskot pasukan masing-masing.
Kontinjen Palapes Laut ALAM |
Kontinjen melintasi astaka VIP sambil melambai-lambaikan topi |
Karnival Sukan Palapes Ke 10 pada kali ini dirasmikan pembukaannya oleh Pegawai Memerintah KD SRI KLANG Kept Jamal bin Nuruddin PSSTLDM dengan meriahnya.
Ucapan perasmian/pembukaan Karnival Sukan Palapes Laut ke 10 oleh Pegawai Memerintah KD SRI KLANG |
Selesai majlis pembukaan, tuan rumah kejohanan mempersembahkan pertunjukkan gimik Tempur Tanpa Senjata (TTS) sekumpulan Pegawai Palapes UPM.
Srikandi masa kini yang licik dan pantas |
Seterusnya bendera kejohanan dibawa masuk stadium untuk dikibarkan menandakan pertarungan/perjuangan para Kontinjen bermula.
Bendera Kejohanan dibawa masuk stadium |
Upacara pengibaran bendera kejohanan |
Sejurus selesai mengibarkan bendera kejohanan diiringi dengan nyanyian lagu NegaraKu dan Samudera Raya, bacaan Ikrar Kejohanan dilafazkan menyatakan semangat kesukanan yang penuh dan tinggi akan dipersembahkan antara semua IPTA/IPTS.
Ikrar dilafaz dengan penuh semangat kesukanan berpasukan |
Pertarungan pertama yang harus diharungi sejurus acara pembukaan ialah Bola Jaring bagi wanita dan Bola Sepak bagi Lelaki. Bagi Palapes-Laut ALAM karnival tahun ini merupakan penyertaan pertama pasukan wanita sejak ianya ditubuhkan. Mereka juga dengan penuh semangat kesukanan bersama-sama berusaha dengan setiap kejohanan yang disertai. Syabas pasukan wanita Palapes-Laut ALAM.
Pasukan Bola Jaring Palapes-Laut ALAM (Bips Hijau) |
Walaupun pasukan wanita hanya ada 8 orang kesemuanya,namun dengan semangat kesukanan yang tinggi dan sokongan rakan-rakan lelaki yang lain mereka dapat membuktikan bahawa mereka juga setanding dengan wira wati IPTA yang lain.
walaupun tewas namun perjuangan dan semangat kesukanan tetap ditunjukkan |
Hoki Geladak Palapes-laut ALAM |
Pasukan Lelaki juga tidak kurang hebatnya dalam perlawanan Hoki Geladak. Mereka juga bersungguh-sungguh demi mencari kejayaan walaupun sukar dan berbagai rintangan ditempuh.
Hoki Geladak (L) |
Bola Tampar (W) |
Bola Tampar (L) |
Pasukan Bola Sepak Palapes-Laut ALAM |
Secara keseluruhannya Palapes-Laut ALAM telah menduduki tempat ke 4 berbanding tahun sebelumnya ditempat ke 5. Keputusan yang agak membanggakan disamping semangat juang yang tinggi ditunjukkan disertai sokongan padu rakan seperjuangan yang lain. Namun syabas diucapkan kepada pasukan Palapes - Laut ALAM terutamanya pasukan wanita. Walaupun mereka hanya
8 orang namun berbekalkan semangat dan perasaan ingin bersaing sesama IPTA/IPTS, mereka berjaya juga akhirnya walaupun dalam keadaan keletihan dan hampir putus asa. SYABAS dan BZ diucapkan kepada mereka dan semua yang terlibat secara langsung/tidak langsung dalam menjayakan Karnival sukan pada kali ini terutama kepada Komandan Palapes-Laut ALAM Kdr (Kehormat) David Fredrick PSSTLDM. Terima Kasih.
apa result? berapa medal dpt? swimming apa cerita? champion lg tak? hehe
ReplyDeleteWell done.
ReplyDeleteNext u mane jd tuan rumah?