Sunday, 26 June 2011

MAJLIS MALAM BBQ DAN PENYAMPAIAN HADIAH

   24 Jun 2011 merupakan satu tarikh yang semestinya akan terpahat dalam diri setiap ahli keluarga PALAPES-Laut ALAM kerana pada malam tersebut, satu majlis khas yang meriah telah diadakan iaitu Majlis Malam BBQ dan Penyampaian Hadiah PALAPES-LAUT ALAM bagi meraikan 28 orang pegawai kadet pengambilan 01/2010 yang telahpun berjaya mengharungi latihan selama 3 fasa. Majlis ini diadakan di Dataran Promenade ALAM pada jam 1945H sehingga 2200H.
   Majlis ini diserikan dengan kehadiran tetamu khas yang dijemput iaitu Pegawai Memerintah KD SRI KLANG, Kept Jamal PSSTLDM dan Pegawai Staf KD SRI KLANG, Lt Kdr Nazer Abdullah TLDM. Selain itu, Komandan PALAPES-LAUT ALAM, Kdr (kehormat) David Fredrick dan Ketua Jurulatih PALAPES-Laut ALAM, P/Lt Kdr Mohd Nazri bin Hakdin TLDM turut hadir memeriahkan majlis. Tidak ketinggalan staf-staf jurulatih PALAPES-Laut ALAM yang turut hadir pada malam itu.

   
   Pegawai Kadet mula berkumpul di Dataran Promenade seawal jam 1945H dan menunggu ketibaan tetamu. Jam 2000H, Komandan tiba bersama-sama Ketua Jurulatih serta staf-staf jurulatih. 5 minit kemudian, Pegawai Memerintah KD SRI KLANG, Kept Jamal bin Nuruddin PSSTLDM bersama Pegawai Staf KD SRI KLANG, Lt Kdr Nazer bin Abdullah TLDM tiba di dataran. Ucapan alu-aluan diberikan oleh saudara pengerusi majlis iaitu LK KOM Yusni bin Md Yusof sebagai tanda bermulanya majlis pada malam itu. Acara disusuli dengan ucapan daripada Ketua Jurulatih, P/Lt Kdr Mohd Nazri bin Hakdin TLDM dan di ikuti dengan ucapan daripada Komandan, Kdr (Kehormat) David Fredrick. Setelah selesai ucapan yang penuh dengan nasihat daripada Komandan dan Ketua Jurulatih, para hadirin disajikan dengan video montaj selama 10 minit yang disediakan oleh PK Irfan Naushir, PK Amirzaim dan PK Hafizal Rafi bagi mengimbas kembali aktiviti-aktiviti latihan yang pernah dilalui oleh pegawai-pegawai kadet selama 3 fasa bergelar Pegawai Kadet. Antara isi kandungan montaj tersebut adalah gambar-gambar upacara angkat sumpah, program orientasi, kursus latihan berterusan di KDSI 1, karnival sukan PALAPES-Laut dan banyak lagi.
 
Ucapan oleh Ketua Jurulatih, P/Lt Kdr Mohd Nazri bin Hakdin TLDM

Ucapan oleh Komandan PALAPES-Laut ALAM, Kdr (K) David Fredrick

Tetamu VIP sedang tekun menonton video montaj PALAPES-Laut ALAM
   Setelah selesai persembahan video montaj, acara diteruskan dengan bacaan doa oleh PK Putera Ahmad bagi memberkati majlis dan juga bagi mendoakan agar Unit PALAPES-Laut ALAM ini akan menjadi lebih mantap selain turut mendoakan agar pegawai-pegawai kadet dipermudahkan urusan dalam menjalani peperiksaan akhir ALAM semester 2 yang akan berlaku daripada 4 Julai 2011 sehingga 8 Julai 2011 nanti dan juga bagi mendoakan agar pegawai-pegawai kadet diberikan keselamatan dan kesihatan yang berterusan sewaktu menjalani "On Job Training (OJT)" di kapal syarikat tajaan masing-masing yang dijadualkan kira-kira pada bulan ogos nanti. 
PK Putera Ahmad mengetuai bacaan doa
 
Acara diteruskan pula dengan menikmati hidangan yang disediakan oleh Gourmet Offshore Catering yang dipertanggungjawabkan bagi menyediakan hidangan yang sedap dan enak. Ternyata hidangan yang disajikan tidak mengecewakan. Sambil menikmati sajian, para tetamu dihiburkan dengan nyanyian karoake oleh beberapa orang pegawai kadet. Upacara cabutan bertuah juga turut dilakukan selain daripada upacara penyampaian hadiah.
   Hadiah-hadiah yang diberikan adalah Anugerah Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan Fasa 1-3, Anugerah Pegawai Kadet Terbaik Akademik Fasa 1-3,Anugerah Divisyen Terbaik, Cenderamata daripada PK kepada Komandan, Cenderamata daripada PK kepada Jurultaih-jurulatih PALAPES-Laut ALAM,dan Cenderamata daripada PALAPES-Laut ALAM kepada Pegawai Memerintah KD SRI KLANG.




 Bagi Anugerah Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan Fasa 1-3, disandang oleh PK Mohamad Al Ash bin Khalid, NV/8704273



   Untuk Anugerah Pegawai Kadet Terbaik Akademik Fasa 1-3 pula disandang oleh
PK Ang Wei Jian , NV/8704270



   Bagi Anugerah Divisyen Terbaik Fasa 1 -3 pula, diraih oleh Divisyen Zain yang diterajui oleh PK Ahmad Zikri bin Mohamad, NV/8704257.
Wakil Pegawai Kadet menyampaikan cenderamata kepada Komandan
Wakil Pegawai Kadet menyampaikan cenderamata kepada Ketua Jurulatih sambil diperhatikan oleh Komandan
Komandan menyampaikan cenderamata kepada PM KD SRI KLANG
    Dengan selesainya upacara penyampaian hadiah dan cenderamata, maka tamatlah sudah Majlis Malam BBQ dan Penyampaian Hadiah PALAPES-Laut ALAM malam itu. Secara keseluruhannya, majlis ini diadakan dengan suasana yang amat meriah ditambah lagi dengan pemandangan di waktu malam dan hembusan angin dari Selat Melaka yang bersebelahan dengan Dataran Promenade yang menambahkan lagi seri pada majlis malam itu. Akhir kata, diucapkan semoga berjaya kepada pegawai-pegawai kadet pengambilan 01/2010 yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester 2 dan juga yang bakal menjalani OJT pada bulan ogos nanti. Semoga bertemu lagi pada Fasa 4 yang dijadualkan kira-kira akhir 2012. 
SEDIA BERKORBAN!!!!

No comments:

Post a Comment