Majlis dimulakan dengan Kontijen berjalan masuk dipandu oleh Pegawai Memerintah Kadet dan menyusuri 2 platun.
Segak dan Kemas |
Perbarisan bulanan telah menjadi rutin Palapes-Laut ALAM dimana ianya bertujuan untuk memastikan disiplin setiap pegawai kadet di tahap tertinggi disamping rupacara mahupun setiap maklumat/amanat terbaru ATM Amnya dan TLDM Khasnya disampaikan dengan berkesan serta mencapai hasrat sebagai sebuah Pasukan yang disegani.
Ketibaan Komandan Palapes-Laut ALAM disambut oleh Ketua Jurulatih |
Pegawai Memerintah Kadet membuat laporan dan seterusnya pemeriksaan platun oleh Komandan diiringi oleh Ketua Jurulatih dan Bintara Tatatertib.
Pemeriksaan Platun Thana |
Platun Zain |
Majlis diteruskan dengan bacaan do'a dan ucapan oleh Komandan. Didalam ucapannya,beliau menekankan juga berkenaan disiplin dan sikap bekerjasama di dalam satu kumpulan dimana ianya adalah sangat penting dalam merialisasikan matlamat TLDM.
Majlis bersurai pada jam 0950H.
No comments:
Post a Comment