PALAPES LAUT ALAM telah melibatkan diri dalam Karnival Sukan
PALAPES LAUT Lima Penjuru yang dianjurkan di Kampus Universiti Malaya. Sebanyak
lima kontijen yang terlibat iaitu Universiti Malaya(UM), Universiti Teknologi
Malaysia(UiTM), Akademi Laut Malaysia(ALAM), KD Sri (KDSI), dan Universiti
Putra Malaysia(UPM).
Kesemua kontijen telah tiba di
Arena Sukan Universiti Malaya sebelum jam 0830. Acara dimulakan dengan
perarakan masuk bagi setiap kontinjen dan diteruskan dengan Upacara Perasmian
Karnival Sukan PALAPES LAUT yang ke-11.
KONTIJEN KDSK |
KONTIJEN UITM |
KONTIJEN UPM |
KONTIJEN ALAM |
KONTIJEN UM |
Karnival Sukan pada kali ini dirasmikan oleh Komandan Universiti Malaya, Kapt. Professor Madya Dr. Johan Shamsuddin bin Hj. Sabaruddin.Turut hadir dalam upacara perasmian ialah Pegawai Laksamana Lt Kdr Tamreez Kaur a/p Mokam Singh PSSTLDM, Pegawai Staf KD Sri Klang, Lt Kdr Dzulkarnain Ismail TLDM dan Ketua Cawangan Latih PALAPES UM, Mejar Dr Abdul Halim bin Mokhtar.
Terdapat 7 acara yang dipertandingkan antaranya larian kampus, bola tampar, futsal, renang, bola jaring, bola sepak dan hoki geladak. Sukan ini telah diadakan selama dua hari berturut-turut.
Pertandingan pertama yang
dilaksanakan sejurus Upacara Perasmian selesai adalah Larian Kampus. Kontijen
PALAPES ALAM berjaya meraih pingat gangsa bagi kategori lelaki. Pertandingan pertama
ini telah dimenangi oleh pasukan tuan rumah sendiri, PALAPES LAUT UM.
Pertandingan kedua pula adalah
perlawanan bola tampar. Dua kategori telah dipertandingkan iaitu pertandingan
bola tampar lelaki dan pertandingan bola tampar perempuan. Pasukan lelaki
PALAPES ALAM berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dan meraih pingat
gangsa.
Kemudiannya, acara pertandingan
futsal merupakan acara akhir yang dipertandingkan pada hari pertama karnival.
Pertandingan futsal ini juga terbahagi kepada dua kategori iaitu futsal lelaki
dan futsal perempuan. Kedua-dua pasukan PALAPES ALAM tewas pada
peringkat separuh akhir.
Acara renang merupakan acara
pertama yang dilaksanakan pada hari terakhir karnival. Empat kategori telah
dipertandingkan iaitu acara renang(kuak dada) 50 meter individu bagi lelaki dan
perempuan serta acara renang (gaya bebas) berkumpulan 4X50 meter bagi lelaki dan perempuan. Pasukan
ALAM berjaya meraih pingat gangsa bagi acara renang kuak dada individu lelaki
dan pingat perak bagi acara renang gaya bebas berkumpulan lelaki.
Acara diteruskan lagi dengan
perlawanan bola jaring dan bola sepak. Pasukan lelaki PALAPES ALAM mampu
berentap sehingga peringkat separuh akhir manakala pasukan perempuan tewas pada
peringkat kumpulan.
Namun, usaha pasukan PALAPES ALAM tidak putus begitu sahaja. Pada jam 1430, acara terakhir dipertandingkan iaitu hoki geladak. Kesungguhan pasukan PALAPES ALAM pada kali ini dibuktikan apabila pasukan perempuan mampu melayakkan diri ke peringkat akhir dan meraih pingat emas.
Pada jam 1700, Upacara Penutupan
Karnival Sukan PALAPES LAUT Lima Penjuru dilaksanakan di Dewan Serbaguna UM.
Upacara penutupan diakhiri dengan sesi bergambar.
"Kejayaan tidak diukur dengan apa yang anda raih, namun kegagalan yang telah anda hadapi, dan keberanian yang membuat anda tetap berjuang melawan rintangan yang datang bertubi-tubi."
No comments:
Post a Comment