Upacara angkat sumpah kadet PALAPES Laut ALAM
Pengambilan-4 telah diadakan dan majlis ini melibatkan seramai 26 orang
pegawai kadet dihadapan Komander
Kehormat PALAPES Laut ALAM,Tuan David Fredrick.
Turut hadir menyaksikan dan melaksanakan adalah
Pegawai Koordinasi, Leftenan TLDM Mohd Farid Bin Md Johan
dan Ketua Eksekutif Akademi Laut Malaysia, Ahmad Zahari Bin Mohd Tahir.
Upacara ini adalah sebagai titik tolak dan langkah permulaan seorang kadet
untuk menempuh dan memulakan ranjau kehidupan sebagai seorang
anggota Pasukan Pegawai Simpanan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia.
Sumpah yang dilafazkan adalah sumpah taat setia kepada
DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong serta patuh
dan bersedia menjalankan tugas selaras dengan prinsip yang
dijunjung iaitu sedia berkorban.
SEDIA BERKORBAN !
No comments:
Post a Comment