Labuan, 30 Julai - Ucapan Takziah kepada keluarga salah seorang anggota PALAPES-Laut ALAM pengambilan 1/2010 iaitu Allahyarham Pegawai Kadet Kanan Muhammad Nazrin bin Khamsani yang kehilangan nyawa dalam kejadian letupan dan kebakaran MT BUNGA ALPINIA di Jeti Petronas Methanol Labuan pada 26 Julai 2012 (Khamis) yang lepas. Al-Fatihah....
PALAPES-LAUT AKADEMI LAUT MALAYSIA
Tuesday, 31 July 2012
KURSUS PALAPES-LAUT FASA 3
Lumut, 20 Julai - Kursus PALAPES-Laut Fasa 3 merupakan kemuncak latihan Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM Tahun 1. Pada kali ini, kursus tersebut telah dijalankan dengan jayanya di KD SULTAN IDRIS 1, Pangkalan TLDM Lumut, Perak selama 12 hari mulai 8 - 20 Julai 2012 yang lepas.
| KD SULTAN IDRIS 1, Pangkalan TLDM Lumut, Perak |
Seramai 30 orang Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM pengambilan 2/2011 telah berjaya menjalani kursus ini sehingga selesai.
Antara objektif kursus adalah:
(a) PK memahami aspek kerjaya dalam TLDM
(b) PK dapat membentuk siasah diri, sikap, displin dan mengenali budaya kerja dalam TLDM
(c) Menerapkan semangat dan nilai ketenteraan dalam diri PK
Pelbagai bentuk latihan telah dilaksanakan sepanjang tempoh kursus seperti Kelas Teori, Sukan, MKMA, Kawad Kaki, Lawatan ke WASPADA dan TANGKAS serta pelayaran bersama KD SRI INDERASAKTI.
| Pelayaran bersama KD SRI INDERASAKTI |
| Kelas Teori |
| Lawatan ke Kapal TLDM |
| Latihan Larian Pangkalan |
Semua PK PALAPES-Laut ALAM telah menunjukkan semangat dan sikap yang positif sepanjang kursus. Pegawai Memerintah KD SULTAN IDRIS 1 turut memberi pujian ke atas keseluruhan PK semasa upacara penutup kursus pada 20 Julai 2012. Semoga prestasi seperti ini dapat dikekal dan dipertingkatkan demi menjaga nama baik PALAPES-Laut ALAM khasnya dan Akademi Laut Malaysia amnya.
Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM 2/2011 akan menjalani latihan fasa laut di setiap kapal latihan yang ditetapkan untuk tempoh perkhidmatan laut selama setahun sebelum pulang semula ke ALAM untuk meneruskan fasa latihan seterusnya.

HARI TERBUKA PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL 2012
Pelabuhan Klang, 30 Jun - PALAPES-Laut ALAM telah menerima jemputan untuk menghadiri sambutan Hari Terbuka Pusat Hidrografi Nasional 2012 sempena Hari Hidrografi Sedunia bertempat di Pangkalan TLDM Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor pada 30 Jun - 1 Julai 2012.
Matlamat utama hari terbuka ini adalah untuk memperkenalkan bidang hidrografi dan peranan PHN kepada masyarakat umum. Pelbagai program telah dirancang bagi menarik minat para pengunjung seperti aktiviti pameran dari beberapa agensi kerajaan dan swasta yang terlibat secara langsung dalam bidang hidrografi di Malaysia.
Para pengunjung awam turut diberi peluang melawat KD PERANTAU dan KD KELANTAN di jeti PHN serta melihat dengan lebih dekat pesawat udara TLDM jenis Super Lynx. Beberapa siri pertandingan seperti futsal dan acara sukaneka turut dibuka kepada golongan dewasa dan juga kanak-kanak.
Pasukan PALAPES-Laut ALAM telah menyertai pertandingan futsal terbuka PHN 2012 dan berjaya hingga ke peringkat separuh akhir. Tahniah diucapkan.
Pasukan PALAPES-Laut ALAM telah menyertai pertandingan futsal terbuka PHN 2012 dan berjaya hingga ke peringkat separuh akhir. Tahniah diucapkan.
| Pasukan PALAPES-Laut ALAM berentap dalam perlawanan futsal |
LATIHAN PENEMBAKAN SENJATA KECIL
Masjid Tanah, 23 Jun - Latihan Penembakan Senjata Kecil PALAPES-Laut ALAM pengambilan 2/2011 telah dijalankan pada 23 Jun 2012 (Sabtu) di Lapang Sasar 100 Meter Kem Terendak. Seramai 35 orang Pegawai Kadet PALAPES-Laut ALAM terlibat dalam siri latihan kali ini melibatkan penggunaan senjata kecil jenis Glock 17.
| PK PALAPES-Laut ALAM sedang menjalani latihan penembakan |
(a) Memperkenal dan membiasakan Pegawai Kadet dengan jenis-jenis senjata kecil, penggunaan dan langkah-langkah keselamatan pengendalian senjata kecil.
(b) Membina keyakinan diri dan menanam sikap bertanggungjawab disamping mengukuhkan displin Pegawai Kadet semasa mengendalikan senjata kecil.
| Ketua Jurulatih PALAPES-Laut ALAM memberikan taklimat selesai latihan |
| Semua Jurulatih dan PK PALAPES-Laut ALAM 2/2011 bergambar selesai latihan |
Wednesday, 13 June 2012
PROGRAM JIWA MURNI
Masjid Tanah, 26 Mei - Baru - baru ini, PALAPES-Laut ALAM telah menjayakan salah satu projek jiwa murni iaitu pembersihan kawasan wakaf Kampung Lubuk Redan,Masjid Tanah Melaka pada pagi 26 Mei 2012.
Aktiviti riadah ini bertujuan untuk meningkatkan semangat kerjasama dan perhubungan antara sesama insan bagi mengeratkan silaturrahim.
Bila berganding bahu dan bekerjasama barulah hasilnya sama adil dan saksama. Biar letih namun niat ikhlas pasti mendapat pahala.
| Bekerjasama dan berganding bahu membersihkan kawasan |
Aktiviti riadah ini bertujuan untuk meningkatkan semangat kerjasama dan perhubungan antara sesama insan bagi mengeratkan silaturrahim.
| tidak mengira kaum,bangsa pun jantina |
Bila berganding bahu dan bekerjasama barulah hasilnya sama adil dan saksama. Biar letih namun niat ikhlas pasti mendapat pahala.
Tuesday, 8 May 2012
PERBARISAN BULANAN KOMANDAN
Kuala Sungai Baru, 18 Apr - Pada tanggal 18 Apr yang lalu telah berlangsungnya perbarisan bulanan Komandan Palapes-Laut ALAM kali ke-2.
Majlis dimulakan dengan Kontijen berjalan masuk dipandu oleh Pegawai Memerintah Kadet dan menyusuri 2 platun.
Perbarisan bulanan telah menjadi rutin Palapes-Laut ALAM dimana ianya bertujuan untuk memastikan disiplin setiap pegawai kadet di tahap tertinggi disamping rupacara mahupun setiap maklumat/amanat terbaru ATM Amnya dan TLDM Khasnya disampaikan dengan berkesan serta mencapai hasrat sebagai sebuah Pasukan yang disegani.
Pegawai Memerintah Kadet membuat laporan dan seterusnya pemeriksaan platun oleh Komandan diiringi oleh Ketua Jurulatih dan Bintara Tatatertib.
Majlis diteruskan dengan bacaan do'a dan ucapan oleh Komandan. Didalam ucapannya,beliau menekankan juga berkenaan disiplin dan sikap bekerjasama di dalam satu kumpulan dimana ianya adalah sangat penting dalam merialisasikan matlamat TLDM.
Majlis bersurai pada jam 0950H.
Majlis dimulakan dengan Kontijen berjalan masuk dipandu oleh Pegawai Memerintah Kadet dan menyusuri 2 platun.
| Segak dan Kemas |
Perbarisan bulanan telah menjadi rutin Palapes-Laut ALAM dimana ianya bertujuan untuk memastikan disiplin setiap pegawai kadet di tahap tertinggi disamping rupacara mahupun setiap maklumat/amanat terbaru ATM Amnya dan TLDM Khasnya disampaikan dengan berkesan serta mencapai hasrat sebagai sebuah Pasukan yang disegani.
| Ketibaan Komandan Palapes-Laut ALAM disambut oleh Ketua Jurulatih |
Pegawai Memerintah Kadet membuat laporan dan seterusnya pemeriksaan platun oleh Komandan diiringi oleh Ketua Jurulatih dan Bintara Tatatertib.
| Pemeriksaan Platun Thana |
| Platun Zain |
Majlis diteruskan dengan bacaan do'a dan ucapan oleh Komandan. Didalam ucapannya,beliau menekankan juga berkenaan disiplin dan sikap bekerjasama di dalam satu kumpulan dimana ianya adalah sangat penting dalam merialisasikan matlamat TLDM.
Majlis bersurai pada jam 0950H.
Thursday, 19 April 2012
KARNIVAL SUKAN PALAPES LAUT KE 10
Serdang, 14 Apr - Pada tanggal 14 Apr 12
bersamaan 22 Jamadilawwal telah berlangsungnya Karnival Sukan Palapes Laut kali ke 10 di
Universiti Putra Malaysia (UPM). Karnival yang telah menjadi acara tahunan
Palapes Laut ini telah berjalan dengan gilang gemilang ditambah dengan
penyertaan penuh warna warni dari IPTA/IPTS yang terlibat merancakkan lagi
acara pada tahun ini.
Bagi Palapes-Laut ALAM karnival kali ini merupakan penyertaan kali ke 2 semenjak ditubuhkan pada 2010.
Acara dimulakan dengan Kontinjen berjalan lalu didahului Kontinjen dari KD SRI KLANG diikuti UiTM disusuli Kontinjen dari Universiti Malaya, menyusulnya pula Kontinjen dari Palapes-Laut Akademi Laut Malaysia dan diakhiri Kontinjen tuan rumah Universiti Putra Malaysia. Kejohanan pada kali ini diseri dan diceriakan dengan gelagat maskot pasukan masing-masing.
Karnival Sukan Palapes Ke 10 pada kali ini dirasmikan pembukaannya oleh Pegawai Memerintah KD SRI KLANG Kept Jamal bin Nuruddin PSSTLDM dengan meriahnya.
Selesai majlis pembukaan, tuan rumah kejohanan mempersembahkan pertunjukkan gimik Tempur Tanpa Senjata (TTS) sekumpulan Pegawai Palapes UPM.
Seterusnya bendera kejohanan dibawa masuk stadium untuk dikibarkan menandakan pertarungan/perjuangan para Kontinjen bermula.
Sejurus selesai mengibarkan bendera kejohanan diiringi dengan nyanyian lagu NegaraKu dan Samudera Raya, bacaan Ikrar Kejohanan dilafazkan menyatakan semangat kesukanan yang penuh dan tinggi akan dipersembahkan antara semua IPTA/IPTS.
Pertarungan pertama yang harus diharungi sejurus acara pembukaan ialah Bola Jaring bagi wanita dan Bola Sepak bagi Lelaki. Bagi Palapes-Laut ALAM karnival tahun ini merupakan penyertaan pertama pasukan wanita sejak ianya ditubuhkan. Mereka juga dengan penuh semangat kesukanan bersama-sama berusaha dengan setiap kejohanan yang disertai. Syabas pasukan wanita Palapes-Laut ALAM.
Walaupun pasukan wanita hanya ada 8 orang kesemuanya,namun dengan semangat kesukanan yang tinggi dan sokongan rakan-rakan lelaki yang lain mereka dapat membuktikan bahawa mereka juga setanding dengan wira wati IPTA yang lain.
Pasukan Lelaki juga tidak kurang hebatnya dalam perlawanan Hoki Geladak. Mereka juga bersungguh-sungguh demi mencari kejayaan walaupun sukar dan berbagai rintangan ditempuh.
Secara keseluruhannya Palapes-Laut ALAM telah menduduki tempat ke 4 berbanding tahun sebelumnya ditempat ke 5. Keputusan yang agak membanggakan disamping semangat juang yang tinggi ditunjukkan disertai sokongan padu rakan seperjuangan yang lain. Namun syabas diucapkan kepada pasukan Palapes - Laut ALAM terutamanya pasukan wanita. Walaupun mereka hanya
8 orang namun berbekalkan semangat dan perasaan ingin bersaing sesama IPTA/IPTS, mereka berjaya juga akhirnya walaupun dalam keadaan keletihan dan hampir putus asa. SYABAS dan BZ diucapkan kepada mereka dan semua yang terlibat secara langsung/tidak langsung dalam menjayakan Karnival sukan pada kali ini terutama kepada Komandan Palapes-Laut ALAM Kdr (Kehormat) David Fredrick PSSTLDM. Terima Kasih.

| Kontinjen Palapes Laut ALAM |
| Kontinjen melintasi astaka VIP sambil melambai-lambaikan topi |
Karnival Sukan Palapes Ke 10 pada kali ini dirasmikan pembukaannya oleh Pegawai Memerintah KD SRI KLANG Kept Jamal bin Nuruddin PSSTLDM dengan meriahnya.
| Ucapan perasmian/pembukaan Karnival Sukan Palapes Laut ke 10 oleh Pegawai Memerintah KD SRI KLANG |
Selesai majlis pembukaan, tuan rumah kejohanan mempersembahkan pertunjukkan gimik Tempur Tanpa Senjata (TTS) sekumpulan Pegawai Palapes UPM.
| Srikandi masa kini yang licik dan pantas |
Seterusnya bendera kejohanan dibawa masuk stadium untuk dikibarkan menandakan pertarungan/perjuangan para Kontinjen bermula.
| Bendera Kejohanan dibawa masuk stadium |
| Upacara pengibaran bendera kejohanan |
Sejurus selesai mengibarkan bendera kejohanan diiringi dengan nyanyian lagu NegaraKu dan Samudera Raya, bacaan Ikrar Kejohanan dilafazkan menyatakan semangat kesukanan yang penuh dan tinggi akan dipersembahkan antara semua IPTA/IPTS.
| Ikrar dilafaz dengan penuh semangat kesukanan berpasukan |
Pertarungan pertama yang harus diharungi sejurus acara pembukaan ialah Bola Jaring bagi wanita dan Bola Sepak bagi Lelaki. Bagi Palapes-Laut ALAM karnival tahun ini merupakan penyertaan pertama pasukan wanita sejak ianya ditubuhkan. Mereka juga dengan penuh semangat kesukanan bersama-sama berusaha dengan setiap kejohanan yang disertai. Syabas pasukan wanita Palapes-Laut ALAM.
| Pasukan Bola Jaring Palapes-Laut ALAM (Bips Hijau) |
Walaupun pasukan wanita hanya ada 8 orang kesemuanya,namun dengan semangat kesukanan yang tinggi dan sokongan rakan-rakan lelaki yang lain mereka dapat membuktikan bahawa mereka juga setanding dengan wira wati IPTA yang lain.
| walaupun tewas namun perjuangan dan semangat kesukanan tetap ditunjukkan |
| Hoki Geladak Palapes-laut ALAM |
Pasukan Lelaki juga tidak kurang hebatnya dalam perlawanan Hoki Geladak. Mereka juga bersungguh-sungguh demi mencari kejayaan walaupun sukar dan berbagai rintangan ditempuh.
| Hoki Geladak (L) |
| Bola Tampar (W) |
| Bola Tampar (L) |
| Pasukan Bola Sepak Palapes-Laut ALAM |
Secara keseluruhannya Palapes-Laut ALAM telah menduduki tempat ke 4 berbanding tahun sebelumnya ditempat ke 5. Keputusan yang agak membanggakan disamping semangat juang yang tinggi ditunjukkan disertai sokongan padu rakan seperjuangan yang lain. Namun syabas diucapkan kepada pasukan Palapes - Laut ALAM terutamanya pasukan wanita. Walaupun mereka hanya
8 orang namun berbekalkan semangat dan perasaan ingin bersaing sesama IPTA/IPTS, mereka berjaya juga akhirnya walaupun dalam keadaan keletihan dan hampir putus asa. SYABAS dan BZ diucapkan kepada mereka dan semua yang terlibat secara langsung/tidak langsung dalam menjayakan Karnival sukan pada kali ini terutama kepada Komandan Palapes-Laut ALAM Kdr (Kehormat) David Fredrick PSSTLDM. Terima Kasih.
Subscribe to:
Comments (Atom)