Thursday 30 June 2011

LATIHAN PENEMBAKAN SENJATA KECIL

Detail siap dan sedia tembak!!!
   Baru-baru ini, pada 25 Jun 2011, PALAPES-Laut ALAM sekali lagi menjalani latihan penembakan senjata kecil selepas pertama kalinya pada bulan Mac 2011 yang lalu. Untuk kali ini, senjata yang digunakan adalah jenis Pistol Vector dan Glock 17. Latihan ini yang diadakan di lapang sasar Kem Masjid Tanah, Melaka berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan dalam cuaca yang amat baik.
Jurulatih Persenjataan Nasir sedang memberi taklimat kepada Pegawai Kadet
    Aktiviti bermula dengan taklimat tatacara menembak dan keselamatan yang disampaikan oleh Jurulatih Persenjataan Nasir dari unit PALAPES-Laut UM selain daripada taklimat yang juga disampaikan oleh staf dari KD SRI KLANG dan PALAPES-Laut ALAM.
Pegawai-pegawai yang hadir turut menembak
   Latihan ini dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Kept Jamal bin Nuruddin PSSTLDM, Pegawai Memerintah KD SRI KLANG, selain daripada Komandan PALAPES-Laut ALAM, Kdr (Kehormat) David Fredrick PSSTLDM, Pegawai Staf KD SRI KLANG, Lt Kdr Muhammad Nazer bin Abdullah TLDM, Ketua Jurulatih PALAPES-Laut ALAM, P/Lt Kdr Mohd Nazri bin Hakdin TLDM, Pegawai-pegawai Kadet, staf jurulatih PALAPES-Laut ALAM serta staf-staf dari KD SRI KLANG.
Sebahagian Pegawai Kadet sedang semangat menjalani latihan

Jamuan ringan setelah selesai menjalani latihan menembak
    Kira-kira jam 1400H, latihan menembak selesai dan diteruskan dengan majlis makan tengahari yang disediakan. Setelah itu, maka tamatlah hari bagi latihan penembakan senjata kecil PALAPES-Laut ALAM. Pengalaman yang ditimba pada hari itu semestinya banyak memberi pengajaran kepada pegawai-pegawai kadet bagi menyiapkan diri sebagai "future naval reserve officer". SEDIA BERKORBAN!!!

Sunday 26 June 2011

MAJLIS MALAM BBQ DAN PENYAMPAIAN HADIAH

   24 Jun 2011 merupakan satu tarikh yang semestinya akan terpahat dalam diri setiap ahli keluarga PALAPES-Laut ALAM kerana pada malam tersebut, satu majlis khas yang meriah telah diadakan iaitu Majlis Malam BBQ dan Penyampaian Hadiah PALAPES-LAUT ALAM bagi meraikan 28 orang pegawai kadet pengambilan 01/2010 yang telahpun berjaya mengharungi latihan selama 3 fasa. Majlis ini diadakan di Dataran Promenade ALAM pada jam 1945H sehingga 2200H.
   Majlis ini diserikan dengan kehadiran tetamu khas yang dijemput iaitu Pegawai Memerintah KD SRI KLANG, Kept Jamal PSSTLDM dan Pegawai Staf KD SRI KLANG, Lt Kdr Nazer Abdullah TLDM. Selain itu, Komandan PALAPES-LAUT ALAM, Kdr (kehormat) David Fredrick dan Ketua Jurulatih PALAPES-Laut ALAM, P/Lt Kdr Mohd Nazri bin Hakdin TLDM turut hadir memeriahkan majlis. Tidak ketinggalan staf-staf jurulatih PALAPES-Laut ALAM yang turut hadir pada malam itu.

   
   Pegawai Kadet mula berkumpul di Dataran Promenade seawal jam 1945H dan menunggu ketibaan tetamu. Jam 2000H, Komandan tiba bersama-sama Ketua Jurulatih serta staf-staf jurulatih. 5 minit kemudian, Pegawai Memerintah KD SRI KLANG, Kept Jamal bin Nuruddin PSSTLDM bersama Pegawai Staf KD SRI KLANG, Lt Kdr Nazer bin Abdullah TLDM tiba di dataran. Ucapan alu-aluan diberikan oleh saudara pengerusi majlis iaitu LK KOM Yusni bin Md Yusof sebagai tanda bermulanya majlis pada malam itu. Acara disusuli dengan ucapan daripada Ketua Jurulatih, P/Lt Kdr Mohd Nazri bin Hakdin TLDM dan di ikuti dengan ucapan daripada Komandan, Kdr (Kehormat) David Fredrick. Setelah selesai ucapan yang penuh dengan nasihat daripada Komandan dan Ketua Jurulatih, para hadirin disajikan dengan video montaj selama 10 minit yang disediakan oleh PK Irfan Naushir, PK Amirzaim dan PK Hafizal Rafi bagi mengimbas kembali aktiviti-aktiviti latihan yang pernah dilalui oleh pegawai-pegawai kadet selama 3 fasa bergelar Pegawai Kadet. Antara isi kandungan montaj tersebut adalah gambar-gambar upacara angkat sumpah, program orientasi, kursus latihan berterusan di KDSI 1, karnival sukan PALAPES-Laut dan banyak lagi.
 
Ucapan oleh Ketua Jurulatih, P/Lt Kdr Mohd Nazri bin Hakdin TLDM

Ucapan oleh Komandan PALAPES-Laut ALAM, Kdr (K) David Fredrick

Tetamu VIP sedang tekun menonton video montaj PALAPES-Laut ALAM
   Setelah selesai persembahan video montaj, acara diteruskan dengan bacaan doa oleh PK Putera Ahmad bagi memberkati majlis dan juga bagi mendoakan agar Unit PALAPES-Laut ALAM ini akan menjadi lebih mantap selain turut mendoakan agar pegawai-pegawai kadet dipermudahkan urusan dalam menjalani peperiksaan akhir ALAM semester 2 yang akan berlaku daripada 4 Julai 2011 sehingga 8 Julai 2011 nanti dan juga bagi mendoakan agar pegawai-pegawai kadet diberikan keselamatan dan kesihatan yang berterusan sewaktu menjalani "On Job Training (OJT)" di kapal syarikat tajaan masing-masing yang dijadualkan kira-kira pada bulan ogos nanti. 
PK Putera Ahmad mengetuai bacaan doa
 
Acara diteruskan pula dengan menikmati hidangan yang disediakan oleh Gourmet Offshore Catering yang dipertanggungjawabkan bagi menyediakan hidangan yang sedap dan enak. Ternyata hidangan yang disajikan tidak mengecewakan. Sambil menikmati sajian, para tetamu dihiburkan dengan nyanyian karoake oleh beberapa orang pegawai kadet. Upacara cabutan bertuah juga turut dilakukan selain daripada upacara penyampaian hadiah.
   Hadiah-hadiah yang diberikan adalah Anugerah Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan Fasa 1-3, Anugerah Pegawai Kadet Terbaik Akademik Fasa 1-3,Anugerah Divisyen Terbaik, Cenderamata daripada PK kepada Komandan, Cenderamata daripada PK kepada Jurultaih-jurulatih PALAPES-Laut ALAM,dan Cenderamata daripada PALAPES-Laut ALAM kepada Pegawai Memerintah KD SRI KLANG.




 Bagi Anugerah Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan Fasa 1-3, disandang oleh PK Mohamad Al Ash bin Khalid, NV/8704273



   Untuk Anugerah Pegawai Kadet Terbaik Akademik Fasa 1-3 pula disandang oleh
PK Ang Wei Jian , NV/8704270



   Bagi Anugerah Divisyen Terbaik Fasa 1 -3 pula, diraih oleh Divisyen Zain yang diterajui oleh PK Ahmad Zikri bin Mohamad, NV/8704257.
Wakil Pegawai Kadet menyampaikan cenderamata kepada Komandan
Wakil Pegawai Kadet menyampaikan cenderamata kepada Ketua Jurulatih sambil diperhatikan oleh Komandan
Komandan menyampaikan cenderamata kepada PM KD SRI KLANG
    Dengan selesainya upacara penyampaian hadiah dan cenderamata, maka tamatlah sudah Majlis Malam BBQ dan Penyampaian Hadiah PALAPES-Laut ALAM malam itu. Secara keseluruhannya, majlis ini diadakan dengan suasana yang amat meriah ditambah lagi dengan pemandangan di waktu malam dan hembusan angin dari Selat Melaka yang bersebelahan dengan Dataran Promenade yang menambahkan lagi seri pada majlis malam itu. Akhir kata, diucapkan semoga berjaya kepada pegawai-pegawai kadet pengambilan 01/2010 yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester 2 dan juga yang bakal menjalani OJT pada bulan ogos nanti. Semoga bertemu lagi pada Fasa 4 yang dijadualkan kira-kira akhir 2012. 
SEDIA BERKORBAN!!!!

Wednesday 22 June 2011

UJIAN RENANG

Siap untuk ujian renang

Sesi pemanasan badan
   Setelah hampir 2 fasa menjalani kelas dan latihan renang di bawah rancangan latihan PALAPES-Laut ALAM, pegawai-pegawai kadet PALAPES-Laut ALAM baru-baru ini telah menjalani Ujian Renang yang dilakukan mengikut piawaian yang ditetapkan. Ujian renang ini yang diadakan sebanyak 2 sesi iaitu pada 18 Jun 2011 dan 22 Jun 2011 bertempat di kolam renang Akademi Laut Malaysia (ALAM) sendiri.
Ready to jump Sir!!!

PK Tan Han Kwan melakukan lompatan sambil diperhatikan oleh PTI Shukri
    Pada 18 Jun 2011, kesemua Pegawai Kadet menjalani ujian tersebut dan hanya 15 orang berjaya dan lulus ujian renang ini. Kadet-kadet yang gagal akan mengambil semula ujian ini pada 22 Jun 2011 dan hasilnya kekuatan anggota yang lulus bertambah kepada 20 orang. Masih ada 8 orang kadet lagi yang belum berjaya lulus ujian renang ini. Walaubagaimanapun, 8 orang kadet ini akan diberi sekali lagi peluang dalam ujian renang tambahan yang bakal diadakan pada minggu hadapan. Semoga kesemua 8 orang kadet tersebut akan lulus.

"Floating" setelah buka overall
   Untuk ujian ini, Pegawai Kadet akan bermula dengan melompat dari platform setinggi 4m dengan berpakaian overall dan hendaklah lompat dengan cara yang betul. Setelah sampai ke permukaan, kadet dikehendaki untuk berenang kuak dada sejauh 60m dan kemudiannya 'floating' untuk 5 minit. Setelah 5 minit, kadet dikehendaki membuka overall sambil 'floating' dan setelah overall dibuka, kadet akan terus floating untuk 3 minit. Seterusnya, selepas 3 minit 'floating' tanpa pakaian overall, kadet akan menyelam dengan kedalaman 2 - 3 m untuk mengambil semula overall dan akhir sekali, kadet akan berenang kuak dada sejauh 25m bersama overall yang diletakkan di leher ketika renangan.
Menyudahkan 25m terakhir bersama overall yang diletakkan di leher
   Buat Pegawai Kadet yang telah lulus ujian renang ini, diucapkan jutaan TAHNIAH dan buat yang masih belum berjaya, semoga anda tingkatkan lagi usaha anda demi meluluskan diri anda dalam ujian renang ini.
Sebahagian kadet yang telah lulus ujian renang

Sunday 19 June 2011

UPACARA PENYAMPAIAN PINGAT KARNIVAL SUKAN

Sesi bergambar bersama Komandan dan Ketua Jurulatih PALAPES-Laut ALAM
     Seperti sedia maklum bahawa PALAPES-Laut ALAM telah menyertai Karnival Sukan PALAPES-Laut buat pertama kalinya yang diadakan baru-baru ini di UiTM Shah Alam. Pada karnival sukan ini, kontijen PALAPES-Laut ALAM berjaya meraih pingat dalam beberapa acara yang disertai.

Barisan Pegawai Kadet yang menerima pingat

Komandan PALAPES-Laut ALAM menyarungkan pingat kepada PK Norshaizuan
     Bertarikh 17 Jun 2011 baru-baru ini, satu upacara penyampaian pingat yang dimenangi, disampaikan oleh Komandan PALAPES-Laut ALAM kepada Pegawai Kadet yang menyertai karnival sukan telah diadakan. Upacara ini yang sepatutnya diadakan di Padang Kawad ALAM terpaksa berpindah tempat di Dewan Polaris ALAM kerana cuaca hujan lebat. Upacara ini yang berlangsung secara serentak dengan "Friday Assembly" dihadiri oleh Komandan PALAPES-Laut ALAM, Kdr (Kehormat) David Fredrick PSSTLDM, Ketua Jurulatih PALAPES-Laut ALAM, P/Lt Kdr Mohd Nazri bin Hakdin TLDM, Pegawai-pegawai ALAM, Jurulatih PALAPES-Laut ALAM dan Kadet-kadet ALAM. TAHNIAH!!!
SEDIA BERKORBAN!!!

Bergambar gembira bersama pingat yang diraih

Wednesday 15 June 2011

PEPERIKSAAN AKHIR FASA 2 SELESAI!!!

Sebelum menjalani peperiksaan
   Tahniah diucapkan kepada semua Pegawai Kadet pengambilan 01/2010 kerana telah selesai menjalani Peperiksaan Akhir Fasa 2. Peperiksaan Akhir Fasa 2 ini berlangsung selama tiga hari iaitu pada 11/6/2011 bagi ujian kawad, dan dari 14/6/2011 - 15/6/2011, bagi peperiksaan bertulis untuk subjek Tradition and Custom, Administration, Communications, Seamanship and Gunnery dan General Navigation.          

Sebahagian Pegawai Kadet sedang tekun menjawab soalan
Menjawab soalan dengan penuh keyakinan
   Apa yang diharapkan, keputusan peperiksaan ini membuahkan keputusan yang cemerlang bagi melayakkan kesemua Pegawai Kadet untuk dinaikkan pangkat ke Pegawai Kadet Kanan (PKK) nanti. Semoga berjaya!!!

Selesai dan sedia menghantar untuk diperiksa (PK Putera Ahmad)