Wednesday 22 June 2011

UJIAN RENANG

Siap untuk ujian renang

Sesi pemanasan badan
   Setelah hampir 2 fasa menjalani kelas dan latihan renang di bawah rancangan latihan PALAPES-Laut ALAM, pegawai-pegawai kadet PALAPES-Laut ALAM baru-baru ini telah menjalani Ujian Renang yang dilakukan mengikut piawaian yang ditetapkan. Ujian renang ini yang diadakan sebanyak 2 sesi iaitu pada 18 Jun 2011 dan 22 Jun 2011 bertempat di kolam renang Akademi Laut Malaysia (ALAM) sendiri.
Ready to jump Sir!!!

PK Tan Han Kwan melakukan lompatan sambil diperhatikan oleh PTI Shukri
    Pada 18 Jun 2011, kesemua Pegawai Kadet menjalani ujian tersebut dan hanya 15 orang berjaya dan lulus ujian renang ini. Kadet-kadet yang gagal akan mengambil semula ujian ini pada 22 Jun 2011 dan hasilnya kekuatan anggota yang lulus bertambah kepada 20 orang. Masih ada 8 orang kadet lagi yang belum berjaya lulus ujian renang ini. Walaubagaimanapun, 8 orang kadet ini akan diberi sekali lagi peluang dalam ujian renang tambahan yang bakal diadakan pada minggu hadapan. Semoga kesemua 8 orang kadet tersebut akan lulus.

"Floating" setelah buka overall
   Untuk ujian ini, Pegawai Kadet akan bermula dengan melompat dari platform setinggi 4m dengan berpakaian overall dan hendaklah lompat dengan cara yang betul. Setelah sampai ke permukaan, kadet dikehendaki untuk berenang kuak dada sejauh 60m dan kemudiannya 'floating' untuk 5 minit. Setelah 5 minit, kadet dikehendaki membuka overall sambil 'floating' dan setelah overall dibuka, kadet akan terus floating untuk 3 minit. Seterusnya, selepas 3 minit 'floating' tanpa pakaian overall, kadet akan menyelam dengan kedalaman 2 - 3 m untuk mengambil semula overall dan akhir sekali, kadet akan berenang kuak dada sejauh 25m bersama overall yang diletakkan di leher ketika renangan.
Menyudahkan 25m terakhir bersama overall yang diletakkan di leher
   Buat Pegawai Kadet yang telah lulus ujian renang ini, diucapkan jutaan TAHNIAH dan buat yang masih belum berjaya, semoga anda tingkatkan lagi usaha anda demi meluluskan diri anda dalam ujian renang ini.
Sebahagian kadet yang telah lulus ujian renang

1 comment:

  1. Perrrghhh... seksi betul pakai seluar tight jer masa latihan.

    ReplyDelete