Saturday 20 April 2013

WELCOME BACK!^_^!



Setelah menjalani latihan perkapalan ataupun dikenali sebagai ‘On Job Training’(OJT) selama 365 hari, seramai 17 orang Pegawai Kadet PALAPES-LAUT ALAM Pengambilan 1/2010 telah melapor diri di Akademi Laut Malaysia pada 5 Januari 2013 bagi meneruskan pengajian mereka untuk Semester 5 dan Semester 6 serta menjalani siri latihan PALAPES-LAUT ALAM yang seterusnya (Fasa 4 – 6). Sepanjang menjalani OJT mereka banyak didedahkan dengan realiti dan kehidupan sebenar sebagai seorang pelaut dan juga mempraktikkan segala ilmu yang ditimba semasa tahun pertama di ALAM. 

 Pada 20 Februari 2013, kesemua Pegawai Kadet PALAPES LAUT ALAM Pengambilan 1/2010 ini telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Kadet Kanan.


1 comment:

  1. saya berminat untuk memasuki Akademi Laut Malaysia ni..sekarang saya masih menunggu keputusan SPM 2013.
    boleh beri saya sedikit maklumat bagaimana tahun pertama dalam ALAM ni?
    macam mana dengan pengajian, latihan dan sebagainya?
    :)

    ReplyDelete